Saintis dedah ada bahan plastik dalam darah manusia

Saintis dedah ada bahan plastik dalam darah manusia.

Satu kajian terbaharu mendedahkan mengenai penemuan pertama dan mengejutkan mikroplastik atau kepingan kecil plastik halus berdiameter kurang daripada 0.0007 milimeter dalam darah manusia.

Dalam kajian tersebut, saintis-saintis di Belanda mengambil sampel darah daripada 22 penderma dewasa yang sihat secara rawak dan menganalisisnya, demikian menurut akhbar Daily Mail kelmarin.

Mereka mendapati bahawa 17 daripada 22 sukarelawan tersebut mempunyai mikroplastik dalam darah mereka.

Saintis dedah ada bahan plastik dalam darah manusia

Saintis-saintis berkenaan berkata, penemuan itu adalah sangat membimbangkan.

Mikroplastik pernah ditemui di dalam otak, usus, plasenta bayi yang belum lahir dan najis orang dewasa dan bayi tetapi ini kali pertama ia dijumpai dalam darah manusia.

“Kajian kami adalah petunjuk pertama bahawa kita mempunyai zarah polimer di dalam darah kita,” kata penulis kajian tersebut, Profesor Dick Vethaak dari Universiti Vrije di Amsterdam.

Kajian itu yang diterbitkan dalam jurnal Environment International, menguji sampel darah untuk pencemaran lima jenis plastik iaitu polimetil metakrilat (PMMA), polipropilena (PP), polistirena (PS), polietilena (PE) dan polietilena tereftalat (PET).

Penyelidi-penyeldik mendapati bahawa 50 peratus daripada sampel darah yang diambil mengandungi polyethylene terephthalate (PET) iaitu antara plastik yang paling lazim digunakan.

PET ialah plastik jernih, kuat dan ringan yang digunakan secara meluas untuk membungkus makanan dan minuman, terutamanya minuman ringan, jus dan air bersaiz biasa.

Sementara itu, hanya 36 peratus sampel mengandungi polistirena, plastik yang digunakan dalam pembungkusan dan penyimpanan, manakala hampir 23 peratus mengandungi polietilena iaitu bahan beg pembawa plastik.

Hanya satu sampel mewakili lima peratus mempunyai polimetil metakrilat dan tiada sampel darah mempunyai polipropilena.

Apa yang membimbangkan, penyelidik-penyelidik turut menemui sehingga tiga jenis plastik dalam satu sampel darah.

Kesan kesihatan akibat menelan mikroplastik buat masa ini masih tidak jelas, walaupun kajian tahun lepas mendakwa ia boleh menyebabkan kematian sel dan tindak balas alahan pada manusia.

Baca Lagi:

Gara-gara belum vaksin, dua murid dihalau belajar di luar kelas

Bapa durjana! Terlanjur dengan anak sanggup cerai isteri mahu kahwin dengan anak sendiri

Suami pelik isteri enggan ‘bersama’ selepas berkahwin, rupanya jalin hubungan songsang dengan ustazah

Leave a Reply

Your email address will not be published.