Lelaki bunuh isteri depan anak, siap ajak anak sekali buang mayat ditempat pembuangan sampah

Lelaki bunuh isteri depan anak, siap ajak anak sekali buang mayat ditempat pembuangan sampah

Lelaki bunuh isteri depan anak, siap ajak anak sekali buang mayat ditempat pembuangan sampah.

Seorang lelaki dilaporkan telah membunuh isteri di hadapan anaknya yang berumur lima tahun sebelum membungkus mayatnya dalam sebuah guni, lapor Detik.com.

Suspek dilaporkan telah mengajak anaknya bersama-sama untuk membuang mayat isterinya ke tempat pembuangan sampah di Tanara, daerah Serang.

“Terdapat kejutan psikologi terhadap anak tersebut kerana telah melihat ibunya sendiri dibunuh dengan kejam di hadapan mata,” ujar Ketua Polis Daerah Polda Banten.

Menurut polis, mangsa telah dibunuh di hadapan dua orang anaknya yang berusia lima tahun dan bayi berusia 40 hari pada Jumaat lalu.

Keesokannya, suspek telah mempersiapkan dua guni berwarna putih sebelum memasukkan mayat mangsa ke dalamnya.

Lelaki bunuh isteri depan anak, siap ajak anak sekali buang mayat ditempat pembuangan sampah

Barang-barang peribadi mangsa seperti pakaian turut dimasukkan untuk mengaburi mata orang yang menjumpai guni tersebut, tambah beliau lagi.

“Orang akan beranggapan guni tersebut mengandungi barangan terpakai,” ujarnya.

Pada hari yang sama, suspek turut membawa anaknya itu untuk membuang mangsa dengan alasan tidak boleh meninggalkan anaknya sendirian di rumah sewa.

Anaknya yang berusia 40 hari ditinggalkan di rumah rakannya yang terletak di Rajeng, Tangerang.

Perbuatan membunuh di hadapan anak-anak itu akan mengakibatkan suspek berhadapan dengan hukuman yang lebih berat.

Namun buat masa ini, anak mangsa perlu diberi perhatian khusus dari aspek pemulihan psikologi. Hal ini kerana keadaan kanak-kanak itu kelihatan terganggu setelah melihat ibunya dibunuh.

Menurut pihak polis, selain berstatus suami isteri, hubungan mangsa dan suspek ialah bapa saudara dan anak saudara.

Hal ini kerana perkahwinan mereka tidak didaftarkan di negara tersebut.

“Mereka memiliki pertalian darah malah status mangsa pada ketika itu masih dalam ikatan pernikahan dengan lelaki lain.

“Status pernikahan mereka berdua juga tidak didaftarkan di negara ini,” ujar polis.

Baca Lagi:

Bilik sewa besar kubur, harga RM300 kononnya dapat view KLCC

Tengok bola secara ‘live’, pemuda terkejut nampak kekasihnya bersama lelaki lain sedang berpeluk

Lelaki mabuk & tertidur atas landasan, hilang dua belah kaki digilis kereta api

CATEGORIES