Kelibat susuk putih di pembahagi lebuh raya exit Pedas Linggi, seram tengok video

Kelibat susuk putih di pembahagi lebuh raya exit Pedas Linggi, seram tengok video

Kelibat susuk putih di pembahagi lebuh raya exit Pedas Linggi, seram tengok video.

Pengalaman memandu pada waktu malam amat berbeza dengan waktu siang hari, lebih-lebih lagi apabila melalui kawasan yang tidak mempunyai tiang lampu dan hanya ditemani lampu hadapan kenderaan sendiri sahaja.

Seorang pengguna lebuh raya, Awisqarni Zulkiflee berkongsi satu rakaman video ketika dia memandu dari Exit Pedas Linggi ke arah Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam dua hari lalu telah mengundang tanda tanya netizen.

Dalam video itu, kelihatan satu susuk putih berada di pembahagi lebuh raya dalam suasana persekitaran yang sangat gelap. Susuk tersebut hanya kelihatan apabila kenderaan yang berada di lorong paling kanan menghampirinya.

“Tak pasti apa yang bertenggek dekat tepi itu. Tapi memang nampak jelas dengan mata kepala sendiri,” kata Awisqarni dalam hantaran itu.

Ramai yang bersependapat bahawa susuk yang dilihatnya itu cumalah seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugasnya merakam ‘speedtrap‘ di kawasan berkenaan.

Kelibat susuk putih di pembahagi lebuh raya exit Pedas Linggi, seram tengok video

Pun begitu, ramai mempertikaikan ‘teori’ tersebut kerana jika ikut logik, agak mustahil sekali untuk nampak kelibat anggota yang bertugas duduk di dalam kawasan sangat gelap-gelita.

Nyata netizen lagi, tempat itu amat jauh daripada kawasan penempatan penduduk, jadi tidak masuk akal ada ‘manusia’ merentasi lebuh raya berkenaan.

Kelibat susuk putih di pembahagi lebuh raya exit Pedas Linggi, seram tengok video

Kelibat susuk putih di pembahagi lebuh raya exit Pedas Linggi, seram tengok video

Kelibat susuk putih di pembahagi lebuh raya exit Pedas Linggi, seram tengok video

Baca Lagi:

22 kawasan ‘hotspot’ kemalangan kenderaan berat sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan..

[VIDEO] Pemandu Myvi penyebab kemalangan di lebuhraya PLUS mengaku sebagai ‘Imam Mahdi’

Kemalangan di lebuhraya PLUS, 13 cedera babitkan lima kenderaan

CATEGORIES