Tular video wanita buka baju, tudung selepas mengaku muslim, hafal al-Quran

Tular video wanita buka baju, tudung selepas mengaku muslim, hafal al-Quran

Tular video wanita buka baju, tudung selepas mengaku muslim, hafal al-Quran

Video tular memaparkan seorang wanita membuka pakaian dan tudung di hadapan penonton selepas memperkenalkan diri sebagai seorang beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran, megundang kemarahan umat Islam.

Video yang tular di aplikasi TikTok itu didakwa berlaku di sebuah kelab di ibu negara yang menampilkan persembahan komedi.

Menerusi video berdurasi 54 saat itu, wanita terbabit muncul atas pentas dengan imej wanita muslim iaitu memakai baju kurung lengkap bertudung.

DWH jydk

Dia kemudian memperkenalkan dirinya serta menagkui sebagai seorang muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran, sebelum berhenti berucap seketika bagi menanggalkan satu persatu baju kurung dan tudung.

“Hello dan Assalamualaikum everyone. Nama saya Siti ****. Saya berasal daripada Kuala Kangsar, Perak. I’m Malay and muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk al-Quran. But one second…,” katanya sebelum membuka pakaian.

Tindakan wanita itu yang hanya memakai skirt pendek dan bersinglet hitam selepas membuka pakaian berkenaan, menerima sorakan dan ketawa pengunjung yang hadir di dalam kelab berkenaan.

Sementara itu, pendakwa bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang turut berkongsi kejadian itu berkata, perbuatan wanita tersebut tidak menghina Islam sebaliknya telah menghina dirinya sendiri.

“Secara jujur jika benar wanita itu adalah Melayu dan muslim serta telah menghafal 15 juzuk al-Quran sebagaimana didakwa dalam video, dia sebenarnya menghina dirinya dan bukannya menghina Islam.

“Setelah Islam memuliakan dirinya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat dia menghina dirinya dengan menanggalkannya di khalayak ramai.

“Jikalau benar dia ‘claim’ telah menghafal 15 juzuk al-Quran dan melakukan perbuatan seperti itu, dia menghina dirinya kerana Allah memuliakan orang yang menghafal al-Quran, memahami dan mengamalkannya tetapi mungkin dia hanya hafal tanpa pemahaman dan pengamalan,” katanya.

Video berkenaan menerima kecaman hebat netizen khususnya umat Islam yang menyifatkan tindakan wanita itu bukan sahaja memalukan Islam, bahkan menjatuhkan maruah dirinya sendiri.

“Gagalnya seorang bapa,keluarga dan masyarakat dalam mendidik anak memahami agama…Amat memalukan,” kata Sullhrzmy Mohd Ali.

“Tiada maruah, amat malang sekali ibu yang melahirkan perempuan ni,” kata Zaliwati Iskandar.

“Nabi angkat maruah perempuan, perempuan juga hina maruah dia sendiri,” kata Arif Ghani.

Baca lagi:

Guru arah pelajar buka tudung sebelum masuk kelas

Peniaga bertudung jual sate ular, darah ular siap dijadikan minuman

Padah hina Raja Perlis, lelaki dari Kelantan dipenjara setahun

CATEGORIES