Isteri curang diarak keliling kampung sambil pikul suami atas bahu

Isteri curang diarak keliling kampung sambil pikul suami atas bahu

Isteri curang diarak keliling kampung sambil pikul suami atas bahu.

Seorang wanita di negeri Madhya Pradesh, India dipaksa berarak mengelilingi sebuah kampung sambil memikul suami di atas bahunya sebagai hukuman kerana menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Kejadian berlaku di Kampung Borpadaw selepas suami wanita itu membuat laporan polis setelah isterinya menghilangkan diri selama seminggu.

Isteri curang diarak keliling kampung sambil pikul suami atas bahu

Sebaik laporan polis dibuat, salah seorang penduduk kampung tampil mendedahkan bahawa wanita itu sebenarnya sedang bersembunyi di rumah kekasih gelapnya.

Menerusi satu klip video yang tular, wanita itu dilihat menggendong suami di atas bahunya dalam keadaan kesakitan sambil ditertawakan oleh penduduk kampung.

Suami wanita yang tidak didedahkan identitinya itu didakwa memukul, menarik rambut dan menghempas isterinya ke tanah selepas mengetahui hubungan sulit itu.

Setakat ini, sembilan orang ditangkap berhubung kejadian itu, manakala wanita itu telah dihantar pulang ke rumah ibu bapanya.

Baca Lagi:

Suami curang, isteri berani terjah rumah skandal suami

Isteri meraung mohon ampun setelah ditangkap curang ketika suami solat terawih

[VIDEO] Suami kantoi curang, isteri ‘Gegar’ bilik dengan lesung batu sampai tercabut tombol pintu

CATEGORIES