Jumpa wang tunai RM100,000! Tindakan pekerja pusat rekreasi menyebabkan ahli perniagaan terkejut

Jumpa wang tunai RM100,000! Tindakan pekerja pusat rekreasi menyebabkan ahli perniagaan terkejut

Jumpa wang tunai RM100,000! Tindakan pekerja pusat rekreasi menyebabkan ahli perniagaan terkejut.

Kata orang umpama rezeki terpijak sekiranya kita menemui sesuatu yang berharga secara tiba-tiba.

Tapi apa yang akan anda lakukan jika berada dalam situasi itu? Anda pastinya dalam dilema.

Namun tidak bagi seorang pekerja ini apabila dia tanpa ragu-ragu melaporkan tentang penemuan sebuah beg berisi wang tunai berjumlah hampir RM100,000 di sebuah pusat rekreasi.

Menerusi satu perkongsian yang kini tular di media sosial, beg berisi wang tunai hampir RM100,000 itu merupakan milik seorang pengunjung yang bermalam di Pusat Rekreasi Air Panas Legong (Ulu Legong Hot Spring) di Baling, Kedah.

Jumpa wang tunai RM100,000! Tindakan pekerja pusat rekreasi menyebabkan ahli perniagaan terkejut

Beg yang mengandungi wang tunai berjumlah RM100,000.

Tidak melarikan wang tersebut, sebaliknya pekerja Majlis Daerah Baling (MDB) yang menemui beg berkenaan mengambil tindakan dengan melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan.

“Kakitangan Majlis Daerah Baling yang bertugas ketika itu terus melaporkan kepada pihak pengurusan serta menelefon pengunjung tersebut,” demikian menurut hantaran itu.

Baca Lagi:

Lelaki jumpa duit RM405,203 dibawah peti ais lama yang dibeli secara online

“Biar miskin jangan ambil bukan hak kita” Pemuda jumpa beg plastik berisi wang sanggup berhujan tunggu pemilik di tepi jalan

Rakaman tentera laut terjumpa kapal karam yang berisi penuh dengan emas, hasilnya amat mengejutkan

CATEGORIES