Lelaki ini kongsi “rahsia” bil elektrik bulanan kekal rendah walaupun kerap pasang “air-cond”

Lelaki ini kongsi “rahsia” bil elektrik bulanan kekal rendah walaupun kerap pasang “air-cond”

Lelaki ini kongsi “rahsia” bil elektrik bulanan kekal rendah walaupun kerap pasang “air-cond”

Untuk mengetahui berkenaan bagaimana anda boleh kurangkan penggunaan elektrik dan secara tak langsung menjimatkan caj yang dikenakan. Ikuti tips bil elektrik rendah menerusi artikel di bawah.

Mesti ramai orang merungut setiap kali mahu membayar bil elektrik, ia sentiasa mahal. Lebih-lebih lagi sekiranya kita sentiasa membuka pendingin hawa di musim panas ini.

Selalunya di rumah, barangan elektrik yang kita ada mesti jenis yang bukan jimat tenaga. Sebab itu bil sentiasa mencanak tinggi.

Pasang ‘Air-Cond’ Pun Murah, Lelaki Kongsi ‘Rahsia’ Bil Elektrik Bulanan Kekal Rendah

Namun, lain pula yang berlaku di rumah Mohd Azrin Roselan. Walaupun mempunyai ahli keluarga yang ramai iaitu seramai 8 orang di satu bumbung yang sama, bil elektrik yang perlu dibayar beliau hanya dalam lingkungan bawah RM100 sahaja.

Menakjubkan bukan? Jom kita terokai rahsia yang beliau praktikkan untuk memastikan bil elektrik sentiasa rendah sepanjang tahun.

Tips Kekalkan Penjimatan Elektrik Di Rumah

Nak berjimat tak susah tetapi perlu disiplin tinggi. Ini amalan saya.

1. Sejak awal lagi sudah pasang lampu energy saver. Tahu tak lampu kalimantang kuat makan api.

2. Menggosok baju sekali banyak bukan nak pakai baru nak gosok. Iron guna api yang banyak bila nak capai suhu yang diset.

3. Air cond set mod Dry dan timer. Mod Dry tidak memaksa compressor Air cond bekerja sepanjang masa. Makluman Air cond rumah bukan jenis converter. Biaser-biaser sahaja.

4. Tutup lampu selepas digunakan. Ini perlu disiplin tinggi selain ambil tanggungjawab tolong tutup kalau ada yang terlupa.

5. Tidak meletakkan peralatan elektrik pada mod standby kerana masa api digunakan walaupun kecil. Off dan cabut plug.

6. Mengenal pasti barang elektrik menggunakan api yang kuat. Vacuum elektrik, Iron, Microwave , PC high spec dan sebagainya kuat guna api.

7. Sebelum masuk tidur akan buat round periksa barangan elektrik, lampu, kipas dan sebagainya yang tidak ditutup dan cabut plug bila tidak digunakan.

Ada yang mengatakan plug tak dicabut tidak ada significant pun sebab dah Off. Terpulang pada masing-masing malas nak argue bab ini.

Amalan saya selepas guna barangan elektrik akan cabut plug. Kalau beli barangan elektrik yang mempunyai energy saver rating adalah bonus sebab harganya tak murah.

Saya sudah buktikan tanpa barangan elektrik yang mempunyai converter boleh buat penijimatan sebab tabiat dan cara pengunaan.

Semoga bermanfaat dan taraf kos kehidupan meningkat marilah berusaha buat penjimatan ikut kemampuan masing-masing.

Baca lagi: 

‘Menantu pu4ka’ sanggup nak terjun dari tingkat 31 sebab gelabah lepas kantoi tik4m isteri dan mak mertua

Padah hina Raja Perlis, lelaki dari Kelantan dipenjara setahun

‘Masuk Islam hari Isnin, hari Jumaat petang meninggal’ Ustaz Ravi dedah abangnya dipukul teruk bila masuk Islam

CATEGORIES