[VIDEO] Padah tunjuk lagak ngeri masuk tangan dalam sangkar, jari pegawai zoo hampir putus dibaham singa

[VIDEO] Padah tunjuk lagak ngeri masuk tangan dalam sangkar, jari pegawai zoo hampir putus dibaham singa

[VIDEO] Padah tunjuk lagak ngeri masuk tangan dalam sangkar, jari pegawai zoo hampir putus dibaham singa.

Seorang lelaki menyesal seumur hidup selepas jarinya digigit oleh singa sehingga putus di zoo negara ini.

Lapor Daily Star, pegawai zoo tu pada mulanya cuba menunjukkan aksi berani dengan memasukkan tangan ke dalam kandang singa, kononnya untuk membelai dan mengusik singa besar yang garang itu.

Singa itu diikat dan dirantai di hadapan 15 pengunjung ketika itu.

Lelaki itu asalnya tidak menghiraukan ngauman haiwan tersebut, dan bertepuk tangan sebelum menjerit dengan kata-kata makian selepas jarinya dibaham singa tersebut.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut cuba menarik keluar jari lelaki itu dari dalam rahang singa, malangnya ia terputus sepenuhnya sebelum mangsa terjatuh ke belakang.

Seorang pengunjung berkata, dia tidak menyangka kejadian itu bertukar serius kerana menyangka ia hanyalah gurauan daripada pegawai zoo itu.

“Apabila dia rebah ke tanah, barulah saya dan orang lain merasakan ia adalah insiden serius dan semua menjadi panik,” katanya.

Pegawai zoo itu dilaporkan masih boleh berjalan menuju ke kereta sebelum beredar dengan memandu sendiri kenderaan tersebut.

Difahamkan, pihak Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Jamaica sedang menyiasat tragedi berkenaan.

Baca lagi:

JPJ benarkan bas mini “surau bergerak” sah di atas jalan raya

Lelaki sanggup tinggalkan anak dan isteri setelah terpikat dengan pelarian Ukraine

Pengacara televisyen wanita di Afghanistan bersiaran buat kali pertama dengan wajah yang separuh ditutup

 

CATEGORIES