TMJ cabar Sanusi dedahkan siapa ‘tokong’

TMJ cabar Sanusi dedahkan siapa ‘tokong’

TMJ cabar Sanusi dedahkan siapa ‘tokong’.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan nama individu yang beliau gelar sebagai ‘tokong’ dalam bola sepak Malaysia.

Menerusi ciapan di Twitter, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) tersebut turut meminta Menteri Besar Kedah itu menyatakan semua dakwaan yang dimaksudkan dengan menyertakan bukti dan fakta.

“Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segala-galanya.

“Ini cakap main sembur, badut McDonald’s pun boleh. Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam terus buat cerita sensasi nak naikkan rating. Typical Politician,” ciap TMJ.

Minggu lalu, Muhammad Sanusi mendakwa wujud individu yang mengawal bola sepak Malaysia, namun tidak mendedahkan nama individu berkenaan.

Kontroversi itu turut dikatakan punca JDT memanggil semula penyerangnya, Syafiq Ahmad yang dipinjamkan kepada pasukan Kedah Darul Aman FC.

Sementara itu dalam hantaran di Facebook rasmi kelab JDT, JOHOR Southern Tigers, TMJ menjelaskan, beliau sudah menyatakan masalah dihadapi bola sepak tanah air sejak 2013.

Menurutnya, apa yang diperkatakan itu akhirnya terbukti kebenarannya susulan pelbagai kejayaan dicapai skuad Harimau Selatan ketika ini telah menjadi ikutan pasukan lain.

“Dari 2013 semua benda saya katakan berkenaan dengan pencapaian JDT dan masalah bola sepak tanah air, pemain-pemain, kemudahan dan pembangunan bola sepak semua dipertikaikan oleh orang-orang yang tiada pencapaian dalam industri bola sepak.

“Tetapi hari ini, semua yang saya cakap berlaku dan diikuti,” katanya.

Baca lagi:

6 sekeluarga dalang sindiket dadah syabu dicekup polis

[VIDEO] Padah tunjuk lagak ngeri masuk tangan dalam sangkar, jari pegawai zoo hampir putus dibaham singa

King Myvi suka buat hal, netizen puas hati dihempap dengan tong sampah

CATEGORIES