Empat tahun jadi mangsa liwat guru agama, pelajar nekad buat laporan polis

Empat tahun jadi mangsa liwat guru agama, pelajar nekad buat laporan polis

Empat tahun jadi mangsa liwat guru agama, pelajar nekad buat laporan polis.

Selepas empat tahun menjadi mangsa liwat, pelajar lelaki berusia 14 tahun nekad melaporkan kepada polis dan membongkar perbuatan jijik guru agamanya.

Perkara itu didedahkan Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Susulan laporan pelajar itu, guru berkenaan yang juga warden asrama sebuah sekolah agama di Tanah Merah ditahan.

Empat tahun jadi mangsa liwat guru agama, pelajar nekad buat laporan polis

Gambar hiasan

Beliau berkata, suspek ditahan di tempat dia mengajar di sebuah sekolah agama semalam.

Menurut Muhammad Zaki, mangsa mendakwa dia mula diliwat sejak 2018 iaitu ketika usianya bawah 12 tahun dan perbuatan itu dilakukan lebih sekali berdasarkan tempoh tersebut.

Mangsa, jelas beliau, tampil sendiri membuat laporan polis selepas memaklumkan kepada keluarganya.

“Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an telah ditahan dan pihak polis akan memohon perintah reman.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut manakala mangsa akan menjalani pemeriksaan di hospital,” kata beliau.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14A Akta Kesalahan Kanak-kanak.

Baca Lagi:

Dengan duit RM20, ibu berjaya kumpul duit anak RM12,000 dengan ‘trick’ sangat mudah

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Duit entah datang dari mana masuk ke akaun CIMB, individu terpaksa bayar semula RM28 ribu

CATEGORIES