Malaysia bakal jadi seperti Filipina jika perasuah didewakan

Malaysia bakal jadi seperti Filipina jika perasuah didewakan.

Malaysia boleh menghadapi risiko besar seperti Filipina jika perasuah didewakan dan diangkat sebagai pemimpin sedangkan rakyat berhak untuk memilih pemimpin yang bersih dan beramanah.

Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, pemilihan pemimpin juga akan mencerminkan nilai dan akhlak rakyat Malaysia yang bakal menentukan kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Menurutnya, kerana itu Malaysia memerlukan rakyat yang jujur dan mengutamakan nilai untuk mengangkat individu berwibawa,berintegriti sebagai pemimpin. “Kemenangan peperangan kita terhadap rasuah memerlukan strategi holistik dan komprehensif, bermula daripada daya tahan dalaman dan kemampuan menahan gejolak nafsu terhadap material dan kebendaan yang bersifat duniawi semata-mata.

Malaysia bakal jadi seperti Filipina jika perasuah didewakan

“Kezaliman akibat rasuah meninggalkan legasi yang hina dan keji sedangkan setiap daripada kita manusia tetap akan berakhir dengan kematian seperti mana firman ALLAH SWT di dalam Surah Al-Anbiyaa ayat 35 yang bermaksud: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

“Mengelakkan Malaysia menjadi seperti Filipina, Sri Lanka dan empayar lain yang jatuh akibat ketirisan, salah guna kuasa dan rasuah, pendekatan punitif dan preventif perlu dilaksanakan dengan penglibatan kolektif agensi penguat kuasa sebagai instrumen yang mengekang wabak rasuah tersebut daripada terus berleluasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kemenangan besar Ferdinand Marcos Jr dalam Pilihan Raya Presiden Filipina, sekali gus mencatat kemenangan menerusi majoriti sejak revolusi 1986 yang menggulingkan pemerintahan diktator bapanya.

Mengulas lanjut, Nurhayati berkata, tumbangnya dinasti Marcos 36 tahun dulu adalah kerana amalan korupsi, nepotisme dan kronisme yang menyebabkan kontroversi politik berlaku dan akhirnya menyumbang kepada ketidakstabilan negara tersebut.

Justeru katanya, rakyat tidak boleh membiarkan kedudukan meruncing Malaysia dalam indeks persepsi rasuah (CPI) bertambah buruk dan menjadi seperti Filipina.

“Rakyat bersama-sama berperanan membanteras jenayah rasuah. Tanggungjawab ini bukan kuasa mutlak pihak berwajib semata-mata,” katanya.

Baca Lagi:

Kalau duit hilang dalam akaun, jangan kalut dulu! Cuba try cara ni

Gadis ini bangkit bina banglo sendiri selepas dihina rumah macam kandang kambing..

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Leave a Reply

Your email address will not be published.