“Ibu hati-hati ya pi kerja, nanti balik beli beyon”, polis bebaskan wanita lepas tersentuh dengar pesanan anak depan pintu rumah

“Ibu hati-hati ya pi kerja, nanti balik beli beyon”, polis bebaskan wanita lepas tersentuh dengar pesanan anak depan pintu rumah

“Ibu hati-hati ya pi kerja, nanti balik beli beyon”, polis bebaskan wanita lepas tersentuh dengar pesanan anak depan pintu rumah. Polis dan masyarakat berpisah tiada. Slogan itu tepat dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang anggota polis bernama Bahrom Sahin di TikTok.

Dalam kejadian menyentuh hati yang berlaku di Jitra, Kedah, Bahrom berasa tersentuh dengan pesanan seorang kanak-kanak ketika dia menahan ibunya.

Menerusi perkongsiannya, kanak-kanak berusia 3 tahun itu menyangka ibunya ke tempat kerja kerana tidak mengetahui wanita itu sebenarnya ditahan polis atas kesalahan jenayah.

"Ibu hati-hati ya pi kerja, nanti balik beli beyon", polis bebaskan wanita lepas tersentuh dengar pesanan anak depan pintu rumah

Menurutnya, kejadian itu bermula apabila pasukannya membuat rondaan di sekitar perkampungan di situ sebelum melihat wanita itu dalam keadaan mencurigakan di depan rumahnya, minggu lalu.

Katanya, dia dan rakan setugas mahu menahan wanita itu selepas melakukan kesalahan narkotik apabila mengambil upah membantu rakannya semata-mata desakan hidup demi menyara enam anaknya sendirian.

@abangpolis_official Mak,Hati² Pi Kerja..Nanti Balik Beli Beyon#fyp #perjalananhidup #abangpolis ♬ Man Ana – Suja’i Channel Sholawat

Ketika berada di dalam kereta polis, tiba-tiba anak kecil wanita itu keluar rumah dan melambai-lambai ibunya.

Wanita itu memberitahu anaknya untuk tunggu dia balik dan anak itu berkata, “Ibu hati-hati ya pi (pergi) kerja, nanti balik beli beyon (belon)”.

@abangpolis_official Sambungan Anak mimi minta beli beyon #fyp #foryoupage #abangpolis ♬ Man Ana – Suja’i Channel Sholawat

Melihat keletah kanak-kanak itu, Bahrom tersentak dan tahan sebak kerana ia mengingatkannya kepada anaknya di rumah apabila dia pergi bekerja.

Tanpa membuang masa, dia dan rakan setugas berbincang dan kemudian melepaskan wanita itu dengan bersyarat dan dipantau supaya tidak mengulangi lagi perbuatan itu.

“Wanita itu menangis dan berterima kasih sebelum kami menyerahkan sedikit duit dan kuih cekodok pisang kerana dia beritahu hanya masak mi segera ayam dengan kicap untuk beri anaknya makan,” katanya.

Menurutnya, perkongsian kisah itu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya cakna dengan keadaan jiran sekeliling serta jangan melabel orang dengan hanya melihat kesalahan dilakukan kerana kadangkala mereka tiada pilihan atas desakan hidup.

Baca Lagi:
Tak tahan mak mentua perli keturunan kami ada masalah sebab dapat anak OKU, sekali kakak tunjuk bukti dokumen buat mak mentua terkejut
Tun Mahathir pernah ditembak di bahu kanan ketika misi menyelamatkan umat Islam di Bosnia, ini sejarah yang ramai tak tahu
Dapat selesaikan hutang RM1.2 juta, Ariff Peter kongsi amalan doa yang selalu dibaca
CATEGORIES