Hina wajah lelaki macam ‘alien’, wanita cantik ini kena tampar, ludah atas muka

Hina wajah lelaki macam ‘alien’, wanita cantik ini kena tampar, ludah atas muka

Hina wajah lelaki macam ‘alien’, wanita cantik ini kena tampar, ludah atas muka. Kesabaran setiap individu mempunyai hadnya, terutamanya apabila diuji dengan kata-kata kasar dan hinaan.

Situasi tersebut berlaku di sebuah restoran di mana seorang pelanggan lelaki melampiaskan kemarahannya terhadap seorang wanita yang dituduhnya menghina penampilannya.

Menerusi video yang menjadi viral di media sosial, wanita tersebut yang duduk di belakang lelaki itu dikatakan telah mencemuh wajahnya dengan menyamakannya seperti alien.

Hina wajah lelaki macam 'alien', wanita cantik ini kena tampar, ludah atas muka

“Dahsyat sangat, seolah-olah alien yang datang ke sini,” begitu kata wanita berbaju merah itu dalam video yang berdurasi 24 saat.

Dikatakan kejadian tersebut berlaku ketika mangsa sedang melakukan penstriman video sehingga tindakannya diserang di depan netizen.

Tidak hanya dipukul beberapa kali, malah wanita tersebut juga diludah di mukanya.

Pertelingkahan yang berlaku telah mencetuskan kekecohan di premis tersebut yang turut disaksikan oleh beberapa pelanggan lain.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Indonesia berdasarkan percakapan wanita itu.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila dan dari mana insiden tersebut berlaku sebenarnya.

Rata-rata netizen menganggap perbuatan menghina wajah seseorang atau ‘face shaming’ sebagai tindakan yang melampau dan tidak wajar.

Malahan, ada yang menyamakan tindakan wanita itu dengan peribahasa ‘kerana mulut badan binasa’.

“Habuan mulut laser. Kerana mulut, kan dah kena ludah.

“Padanlah muka, lain kali mulut kena jaga. Kalau tak tahan nak kutuk, kutuk dalam hati.

“Dia pun guna filter,” demikian antara komen netizen.

Pada masa yang sama, segelintir netizen menentang tindakan lelaki tersebut yang menggunakan kekerasan dan keganasan.

“Mulut puaka kau balas balik mulut puaka, tak perlu memukul. Perempuan bolehlah kau pukul. Kalau kat Malaysia ni report biar dia ke dalam (lokap). Suka-suka hati nak memukul. Negara ada undang-undang.

“Lelaki berang! Jika boleh lakukan sebegini kepada wanita, pasti esok dengan isteri sendiri pun diperlakukan sebegini.

“Walau apapun yang dikatakan, lelaki itu tak patut menggunakan kekerasan secara fizikal. Harap dia (mangsa) ambil tindakan undang-undang,” komen netizen.

Baca Lagi:
Pengawal wanita paksa lelaki pakai tudung, masjid negara mohon maaf
Vern’s perjelaskan isu logo tapak kasut menyerupai kalimah Allah
Telefon bimbit, kad sim disita, Aliff Syukri dikhabarkan lari ke Australia?
CATEGORIES