Hanya orang tidak cerdik pagi-pagi senamrobik

Hanya orang tidak cerdik pagi-pagi senamrobik

Hanya orang tidak cerdik pagi-pagi senamrobik. Tindakan seorang wanita yang meluahkan rasa tidak senang dengan aktiviti senamrobik di berdekatan tempat tinggalnya ternyata mengundang kecaman hebat daripada para netizen.

Menerusi sebuah perkongsian TikTok yang dimuatnaik oleh seorang pengguna, wanita berkenaan bertindak mengkritik aktiviti senamrobik yang dilakukan pada waktu pagi lantaran ia agak bising dan disifatkan mengganggu kejiranan.

Menurutnya, meskipun dia menetap di tingkat 13 kondominium, namun bunyi bising yang datang daripada aktiviti senamrobik tersebut masih juga kedengaran agak kuat.

Hanya orang tidak cerdik pagi-pagi senamrobik

“Ini adalah orang Malaysia yang tidak cerdik. Waktu pagi sudah beraktiviti senamrobik. Kawasan ini merupakan kawasan kejiranan. Saya yang tinggal di tingkat 13 ini pun masih juga mendengar bunyinya.

Keluhannya yang disangka bakal mendapat rasa simpati daripada para netizen ternyata meleset apabila ia ternyata bertukar menjadi sebuah kecaman yang hebat.

Para netizen turut menyifatkan rungutannya itu sebagai sesuatu yang tidak berasas lantaran aktiviti tersebut sememangnya wajar dilakukan pada waktu pagi.

“Mereka orang yang bijak sebenarnya kerana melakukan senaman pada waktu pagi dan dapat menghirup udara segar sekali gus dapat mengajak jiran-jiran yang jarang berkumpul bersama untuk turut serta,” tulis seorang pengguna.

“Mengapa berkata sedemikian? Adakah akak melakukan aktiviti senamrobik pada waktu malam?,” kata seorang pengguna di TikTok.

“Senamrobik tidak salah jika hendak dilakukan kerana ia memang aktiviti pada awal pagi,” komen netizen lain.

Sejurus hantaran berkenaan mendapat kecaman bertalu-talu daripada para netizen, wanita berkenaan bertindak memadam video yang tular tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Baca Lagi:
PANAS!!! Sumber dedah MKT Umno putuskan pecat Annuar Musa
Mesyuarat MKT Umno putuskan pecat 3 pemimpin
Jiran minta aku hantar makanan , aku terkejut ada lelaki lain tengah bersama isteri dia
CATEGORIES