Mesyuarat MKT Umno putuskan pecat 3 pemimpin

Mesyuarat MKT Umno putuskan pecat 3 pemimpin

Mesyuarat MKT Umno putuskan pecat 3 pemimpin. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan untuk memecat tiga pemimpin bahagian masing-masing dua ketua wanita dan seorang ketua bahagian.

Ahli MKT, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mendedahkan hasil mesyuarat itu berkata, mereka yang dikenakan tindakan disiplin itu kerana mencela parti termasuk Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan secara terperinci identiti individu berkenaan sambil menjelaskan mereka bukan dalam kalangan MKT.

Mesyuarat MKT Umno putuskan pecat 3 pemimpin

“Kita minta parti bertindak tegas, kenakan tindakan disiplin kepada mereka yang bukan sahaja mencemuh parti tetapi mencemuh Presiden parti.

“Ada dipecat… ahli UMNO bukan MKT. Tiga orang, dua ketua wanita bahagian dan satu ketua bahagian kerana mencemuh parti serta berkempen (untuk pihak lawan),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat MKT di Menara Dato’ Onn di sini, malam ini.

Menjelaskan situasi dalam mesyuarat berkenaan, Mohd Puad berkata, nada Ahmad Zahid agak tegas berkenaan isu disiplin.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan tidak akan sesekali berkompromi dengan ahli yang memburukkan parti termasuk membocorkan intipati mesyuarat kepada pihak luar.

Dalam mesyuarat itu, dua naib presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak hadir.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengesahkan Ismail Sabri tidak hadir pada mesyuarat itu kerana perlu menghadiri program lain.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan mengapa Mahdzir tidak hadir.

Baca Lagi:
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
Hubungan Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, Kongsi Gelap dengan pemimpin Perikatan Nasional
Peta tahun 1550 ini bukti kehebatan Kesultanan Melayu Melaka
CATEGORIES