Guru taska ditahan polis dera kanak-kanak hiperaktif

kids child kanak abuse file 3 e1652258872705

Guru taska ditahan polis dera kanak-kanak hiperaktif.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipercayai didera guru taska di sebuah taska di Tampoi, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, satu laporan polis mengenai kejadian berkenaan dibuat oleh ibu kanak-kanak itu semalam susulan video kejadian dera itu tular menerusi media sosial.

Beliau berkata, kanak-kanak itu yang juga seorang hiperaktif dan masalah lambat bercakap ditempatkan oleh ibu bapanya di taska berkenaan yang turut beroperasi sebagai pusat jagaan untuk kanak-kanak normal dan kanak-kanak berkeperluan khas.

Guru taska ditahan polis dera kanak-kanak hiperaktif
Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid

“Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar bertutup (CCTV) taska mendapati guru berkenaan telah menarik telinga dan menekap bantal ke muka mangsa.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, di sini dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami lebam atas telinga kanan dipercayai didera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rupiah berkata, susulan itu, pihaknya menahan seorang wanita berusia 24 tahun iaitu guru di taska berkenaan di tepi Jalan Putih, Skudai, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, wanita itu direman hingga 17 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563 122.

Baca Lagi:

Ramai sedih bila dapat tahu chef ‘Senyum’ Turki alami tumor otak, badan semakin susut

Wanita misteri gemparkan penduduk Cyberjaya, berdiri tegak tengah jalan raya buat orang ramai seram

[VIDEO] Remaja OKU kena tampar & buli gara-gara tak bagi pinjam basikal

Leave a Reply

Your email address will not be published.