Guru hantuk kepala pelajar berulang kali dimeja kerana tertidur dalam kelas

Guru hantuk kepala pelajar berulang kali dimeja kerana tertidur dalam kelas

Guru hantuk kepala pelajar berulang kali dimeja kerana tertidur dalam kelas.

Seorang guru di China telah diarahkan bercuti selepas dia dirakam memukul seorang pelajar yang didakwa mengantuk semasa di dalam kelas, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pelajar sekolah menengah yang hanya dikenali dengan nama keluarga Liu itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Kejadian berlaku di bandar Zhaotong, wilayah Yunan.

Guru hantuk kepala pelajar berulang kali dimeja kerana tertidur dalam kelas

Menerusi rakaman kejadian, guru bernama Ma itu dilihat menarik rambut pelajar tersebut dengan kuat lalu menghantuk kepalanya ke meja berulang kali.

Pelajar itu kemudian diheret dari kerusi dan dipaksa berdiri di hadapan kelas sambil dilihat oleh pelajar lain yang ketakutan. Dia kemudian ditolak jatuh ke atas lantai lantas belakang badannya dipijak.

Video yang dirakam pada 10 Mei lalu itu kemudian disahkan oleh pegawai daerah Ludian selepas siasatan dijalankan di Sekolah Menengah No.2 daerah Ludian.

“Video seorang guru memukul pelajar sekolah di Zhaotang, wilayah Yunan telah tular di internet. Klip itu merakamkan kejadian yang benar-benar berlaku pada 10 Mei lalu di Sekolah Menengah No.2 daerah Ludian.

“Selepas kejadian, Biro Pendidikan dan Sukan daerah Ludian terus menghantar pelajar bernama Liu itu ke hospital daerah untuk pemeriksaan.

“Tiada kecederaan dalam pemeriksaan awal dan mangsa dihantar kembali ke sekolah untuk belajar,” demikian kenyataan rasmi mengenai kejadian terbabit.

Baca Lagi:

Bunyi kambing lain macam, pakcik ni kantoi rogol kambing dalam kandang

Zamani buat pengakuan mengejutkan orang ramai

Tular foto Najib bersama perempuan didakwa isteri keduanya, Najib dan Rosmah buat laporan polis

CATEGORIES