Tular foto Najib bersama perempuan didakwa isteri keduanya, Najib dan Rosmah buat laporan polis

Tular foto Najib bersama perempuan didakwa isteri keduanya, Najib dan Rosmah buat laporan polis

Tular foto Najib bersama perempuan didakwa isteri keduanya, Najib dan Rosmah buat laporan polis.

Baru-baru ini, tular satu foto menunjukkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sedang bersama-sama dengan seorang wanita yang didakwa sebagai isteri keduanya.

Sedar akan penularan foto yang berlaku, Najib Razak bersama isterinya, Rosmah Mansor telah memfailkan laporan polis kerana gambar tersebut dikatakan palsu dan tidak benar.

Najib dan Rosmah terkejut!

Laporan ini disahkan sendiri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan turut memberitahu kedua pasangan ini sememangnya terkejut apabila melihat foto palsu ini.

Tular foto Najib bersama perempuan didakwa isteri keduanya, Najib dan Rosmah buat laporan polis

Sebelum ini, seorang lelaki turut telah membuat laporan polis kepada SKMM sebagai wakil kepada Najib dan Rosmah untuk menyiasat penyebaran gambar terbabit.

Individu itu mendakwa dia rakan akrab kepada Najib sekeluarga dan mendakwa gambar tersebut telah diedit dan tidak benar sama sekali.

Saya telah menunjukkan gambar dan caption kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di mana kedua-dua mereka sangat terkejut memandangkan ia tidak benar sebelum meminta bantuan saya membuat laporan kepada SKMM bagi tindakan selanjutnya.

Saya juga memohon tindakan diambil terhadap pihak berkaitan dari sudut undang-undang

Jika semua ini hanya fitnah semata-mata, harap tindakan undang-undang diambil kepada individu yang membuat sebaran palsu.

Baca Lagi:

5 punca utama kenapa Elon Musk pilih Indonesia bukan Malaysia untuk melabur

Duit kertas reput, hancur, lebur RM1k, wanita ini kongsi pengalaman beliau

Tular video pintu Kaabah terbuka sendiri, jemaah rakam ada Malaikat sedang solat

CATEGORIES
TAGS