Guru berjalan atas kerusi elak baju basah, pelajar pula disuruh berendam dalam banjir.. Akhirnya ini yang terjadi

Guru berjalan atas kerusi elak baju basah, pelajar pula disuruh berendam dalam banjir.. Akhirnya ini yang terjadi

Guru berjalan atas kerusi elak baju basah, pelajar pula disuruh berendam dalam banjir.. Akhirnya ini yang terjadi.

Seorang guru wanita digantung tugas selepas video memaparkan dirinya sedang berjalan di atas kerusi yang disusun oleh pelajar ketika banjir, menjadi tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, kelihatan sederet kerusi plastik disusun dari hadapan pintu masuk sehingga hadapan bangunan sekolah, kerana kawasan tersebut ditenggelami banjir sehingga paras betis.

Beberapa orang pelajar lelaki juga dilihat berdiri di dalam kawasan ditenggelami air untuk memegang kerusi plastik agar tidak bergoyang ketika dipijak oleh guru wanita berkenaan.

Sebaik tiba di kawasan yang tidak ditenggelami air, guru tersebut turun dari kerusi dan berjalan seperti biasa.

Dilaporkan kejadian itu berlaku di daerah Mathura, India.

Sebahagian kawasan perkarangan sekolah tersebut ditenggelami air berikutan hujan lebat pada Rabu.

Baca Lagi:

Gara-gara lambat ambil Al-Quran, guru KAFA hempas murid sampai patah kaki

Ibu-ibu desak Tadika pecat guru cantik ini punca ayah-ayah jadi rajin hantar dan ambil anak

Guru tadika dikecam netizen setelah tular video pelajar lakukan trend ‘Marry Me’ di tiktok

CATEGORIES