Gunung Ruang meletup 5 kali, Indonesia keluar amaran tsunami

Gunung Ruang meletup 5 kali, Indonesia keluar amaran tsunami

Gunung Ruang meletup 5 kali, Indonesia keluar amaran tsunami. Pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan amaran tsunami selepas Gunung Ruang di Sulawesi Utara meletus lima kali dan memuntahkan abu setinggi lebih 1 kilometer ke udara.

Menurut agensi vulkanologi Indonesia, Gunung Ruang meletus buat kali pertama jam 9.45 malam (waktu tempatan) pada Selasa, disusuli empat letusan lain pada Rabu.

Beberapa pegawai mengatakan mereka bimbang sebahagian daripada gunung berapi itu mungkin runtuh ke dalam laut dan menyebabkan tsunami seperti yang berlaku pada tahun 1871.

Gunung Ruang meletup 5 kali, Indonesia keluar amaran tsunami

Pulau Tagulandang di perairan timur laut Gunung Ruang sekali lagi berdepan risiko dilanda tsunami, memaksa penduduknya berpindah.

Tahap amaran untuk gunung berapi itu setinggi 725 meter di atas paras laut telah dinaikkan daripada tiga kepada empat semalam sekali gus, menjadi tahap tertinggi dalam sistem amaran bencana empat peringkat.

“Berdasarkan visual dan bacaan yang menunjukkan peningkatan dalam aktiviti gunung berapi, paras amaran Gunung Ruang dinaikkan daripada tahap tiga kepada tahap empat,” kata Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Hendra Gunawan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa bergegas untuk memindahkan 11,000 penduduk dari kawasan berhampiran termasuk pulau terpencil Tagulandang yang menempatkan kira-kira 20,000 orang.

“Malam tadi (Rabu), orang ramai berpindah sendiri tetapi tiada arah tuju akibat letusan gunung berapi dan bahan-bahan berupa batu-batu kecil, jadi orang ramai berselerak mencari laluan pemindahan,” kata seorang pegawai, Jandry Paendong.

Baca Lagi:
Tauke kedai ‘maki’ datuk & nenek bawa cucu makan tapi tiada duit nak bayar, rupanya menantu nak belanja tapi terbabit kemalangan ketika datang kedai
Wanita kongsi kenangan raya terakhir di rumah yang dibina sejak tahun 1984 hingga 2024, rumah bakal dirobohkan untuk projek ECRL
Lambakan pek beras tempatan dibuang di kawasan pembuangan sampah di Pahang jadi tanda tanya orang ramai
CATEGORIES