PM keluar tinggalkan Istana Negara, tunjuk isyarat bagus

PM keluar tinggalkan Istana Negara, tunjuk isyarat bagus

PM keluar tinggalkan Istana Negara, tunjuk isyarat bagus. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Negara, di sini, jam 4.43 petang tadi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Ismail Sabri dilihat meninggalkan perkarangan Istana Negara selepas hampir satu jam dilihat masuk ke Istana Negara jam 3.48 petang tadi.

Beliau yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard berwarna putih turut dilihat melambai dan menunjukkan tanda bagus ke arah pengamal media.

PM keluar tinggalkan Istana Negara, tunjuk isyarat bagus

Terdahulu, Perdana Menteri dikatakan menghadap Yang di-Pertuan Agong dipercayai untuk mendapat perkenan baginda membubarkan Parlimen Penggal ke-14 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong adalah rutin biasa bagi Perdana Menteri setiap kali sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Perdana Menteri juga menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum Belanjawan 2023 dibentangkan di Parlimen, esok.

Baca Lagi:
Terkini : Ismail Sabri pula tiba di Istana Negara
Hanya modal RM50, lelaki dari Pulau Pinang menang jackpot RM69,637,527.25 juta terbesar dalam sejarah Malaysia
Iman muda kantoi khalwat dengan janda anak 4 dalam kereta depan masjid
CATEGORIES