Gadis cemas nak sentuh kad Touch ‘n Go selepas kena ‘sound’ dengan abg lori, “dah tahu tangan tu pendek, beli penangkap lalat”

Gadis cemas nak sentuh kad Touch ‘n Go selepas kena ‘sound’ dengan abg lori, “dah tahu tangan tu pendek, beli penangkap lalat”

Gadis cemas nak sentuh kad Touch ‘n Go selepas kena ‘sound’ dengan abg lori, “dah tahu tangan tu pendek, beli penangkap lalat”. Setiap hari, pasti ramai yang telah memulakan hari dengan baik tetapi ‘mood’ terganggu gara-gara berlaku masalah di plaza tol.

Melihat baki kad Touch ‘n Go (TnG) tidak mencukupi atau SmartTag tidak dapat dikesan pengimbas ketika hendak membayar tol ibarat ‘mimpi negeri’ kepada semua pengguna lebuh raya.

Bagaimanapun, lain pula cerita wanita bernama Puteri ini apabila faktor ketinggian menyebabkan dia menghadapi kesukaran untuk menyentuh kad Touch ‘n Go pada peranti pengimbas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menerusi satu video tular di laman TikTok, Putri menceritakan semula kejadian yang tidak dapat dilupakannya itu yang berlaku di Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

“Waktu nak masuk tol, aku tersilap parking kereta jauh sikit dari tempat scan tu. Ketinggian aku pun tak berapa nak tinggi dengan 158 sentimeter (cm) ni, tangan pun sama pendek.
“Bila nak touch kad tak sampai,” ujar Putri mengimbau pertistiwa itu yang dianggap melucukan.

Gadis cemas nak sentuh kad Touch 'n Go selepas kena 'sound' dengan abg lori, “dah tahu tangan tu pendek, beli penangkap lalat”

Pasrah dengan situasi yang dihadapinya, Putri menukar gear kepada neutral (N), menarik brek tangan, membuka tali pinggang keledar bagi memudahkan pergerakan dan membuat cubaan kali kedua untuk menyentuh kad Touch ‘n Go.

“Scan lagi sekali pun tak boleh juga eh. Aku buka pintu, berjaya scan tapi tak cukup baki pula,” katanya sambil gelak besar kerana keadaannya pada waktu itu seperti sudah jatuh ditimpa tangga.

Putri bagaimanapun sedikit lega kerana ada seorang kakitangan lebuh raya yang sedang bertugas di dalam plaza tol berkenaan.

Putri menambah nilai RM20 ke dalam kad Touch ‘n Go miliknya dan berharap ia akan menjadi pengakhiran kepada masalah yang sedang menimpanya di plaza tol tersebut.

Namun, jangkaannya ternyata meleset.

“Aku ingat tu orang dah tolong scankan untuk aku. Aku pelik kenapa merah lagi, kenapa palang tak naik lagi.
“Rupanya orang itu belum scan, jadi aku pun buka pintu dan pergi scan,” kata Putri yang hanya pasrah dengan nasib menimpanya..

Belum sempat Putri menarik nafas lega, kedengaran seorang pemandu lori di belakangnya membuat ‘jenaka kasar’.

Gadis cemas nak sentuh kad Touch 'n Go selepas kena 'sound' dengan abg lori, “dah tahu tangan tu pendek, beli penangkap lalat”

“Belakang aku ada lori warna putih, plat M (Melaka), aku ingat abang tu, dia laungkan aku dan aku dengar dengan jelas.
“Dah tahu tangan tu pendek, beli penangkap lalat, kan dah tak sampai,” ujar Putri menyebut semula ayat yang dilontarkan lelaki tersebut.

Putri agak terkesima mendengar kenyataan itu tetapi menerimanya dengan hati terbuka tanpa menyimpan sebarang perasaan amarah.

“Kau kurang ajar ehh,” kata Putri sambil gelak sinis.

Gadis cemas nak sentuh kad Touch 'n Go selepas kena 'sound' dengan abg lori, “dah tahu tangan tu pendek, beli penangkap lalat”

Warga maya yang membanjiri ruangan komen juga turut terhibur dengan kejadian itu.

“Jangan cakap abang tu, aku pun sama juga jerit… sidai sebab dia je.

“Tak tahu nak gelak ke apa sebab saya pun selalu tak sampai.

“Kau bayangkan, dia ni 158cm, macam mana la aku yang 150cm je ni. Menangis mat bila nak Touch ‘n Go.

“Selain buka pintu, kaki kena keluar sebelah baru sampai,” kata sebahagian warga maya.

Baca Lagi:
Tuan Ibrahim tuntut Rafizi mohon maaf dalam tempoh 7 hari
Pelakon Oh My Hantaran, Syazlin Zainal meninggal dunia
Syamsul Yusof tunjuk cara bijak guna duit, bukan main saham nak jadi kaya
CATEGORIES