Durian Musang King Raub berharga RM185,000 sebiji antara yang termahal di dunia. Durian Musang King Raub yang berharga RM185,000 sebiji antara yang termahal di dunia.
Perkara itu dimaklumkan Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal selepas menyaksikan bidaan raja buah itu.
Beliau berkata, harga permulaan bidaan bagi durian berkenaan adalah RM2,000 sebiji.
“Kemudiaannya (harga) meningkat selepas beberapa kali (bidaan dibuat) sehinggalah mencecah RM185,000 sebiji. Pemenangnya ialah Wong Kai Mun.
“Bidaan kedua tertinggi untuk durian duri hitam (black thorn) adalah bernilai RM15,000 sebiji,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook miliknya pada malam Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong itu berkata, hasil bidaan durian ini kemudiannya disumbangkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ruan, Raub bagi penambahbaikan infrastruktur sekolah