“Dunia ini ladang ujian”- Saya jaga suami hilang ingatan selepas kemalangan, lepas suami sihat, dia suruh saya cari lelaki lain

“Dunia ini ladang ujian”- Saya jaga suami hilang ingatan selepas kemalangan, lepas suami sihat, dia suruh saya cari lelaki lain

“Dunia ini ladang ujian”- Saya jaga suami hilang ingatan selepas kemalangan, lepas suami sihat, dia suruh saya cari lelaki lain. #Foto sekadar hiasan. Saya ibu kepada 3 orang anak. Suami saya kemaIangan pada tahun 2021. Ketika itu umur anak saya antara 6 bulan hingga 7 tahun. Keced3raan suami saya agak serius.. Suami saya k0ma selama 21 hari dan mempunyai banyak pend4rahan di kepala.

Disebabkan kemaIangan tersebut suami saya hilang ingatan, personaliti suami saya 100% berubah (TBI surviv0r), per4ngai seperti budak – budak. Saya seorang suri rumah sepenuh masa. Ada lesen kereta tapi dah 10 tahun tak memandu, semuanya suami yang uruskan. Manalah saya sangka akan diuji sebegini.

Nasib saya sangat – sangat baik kerana mak ayah dan adik – adik saya semua amik part masing – masing bantu keluarga saya. Dari segi kewangan dari segi moral support semua dari keluarga saya. Tambah – tambah kejadian tersebut ketika kovit. Agak susah untuk merentas daerah dan negeri. Tetapi hendak seribu daya..

"Dunia ini ladang ujian"- Saya jaga suami hilang ingatan selepas kemalangan, lepas suami sihat, dia suruh saya cari lelaki lain

Adik – adik saya ada dengan saya ketika itu. Adik saya amik cuti tanpa gaji semata – mata nak bawak saya dan amik saya dari hospitaI. Sementara saya di hospitaI dia urus anak – anak saya di rumah. Saya belajar bawak keta dengan niat saya sendiri nak uruskan keluarga saya tanpa menyusahkan sesiapa.

Dalam keadaan baru pandai bawak keta, saya lah yang uruskan anak – anak pergi dan balik sekolah hampir 8 trip untuk 1 hari. Saya lah yang hantar dan ambil suami saya dari kerja. Saya lah yang bawak suami saya ke hospitaI.. hanya SAYA SEORANG.

Saya juga buat bisnes homemade dari rumah. Saya langsung takde masa untuk diri sendiri. Itu tak jadi masalah untuk saya. Asalkan Allah dan suami redha dengan saya sudah memadai untuk saya. Setelah sebulan di hospitaI.

Suami saya diarahkan balik.. Saya ambil fisioterapi datang ke rumah untuk fisio suami saya seminggu 3x. Saya bawak suami saya ronda – ronda mall ke taman bersama anak – anak walaupun keadaan suami saya separuh sedar. Saya rasa itu terapi terbaik untuk suami saya.

Keluarga saya layan suami saya seadanya seperti dia sekarang bukan seperti dia sebelum kemaIangan. Setelah suami sedar sepenuhnya.. Lama kelamaan suami saya sukar untuk terima kekurangan diri dia. Dia seakan member0ntak, suka meng4muk, suka jerit – jerit.

Saya dapatkan rawatan untuk pulihkan dalaman suami saya. Macam – macam pakar saya bawak untuk sembuhkan suami dan saya sehingga sekarang masih berusaha. Anak – anak walaupun str3ss walaupun sedih kecewa.. Walaupun rindukan papa diorang dan kehidupan kami yang dulu.. Diorang tetap jaga papa sebaiknya.

Selalu saya pujuk anak – anak untuk terima kenyataan ni. Bukan suatu yang mudah. Saya banyak bermain dengan em0si suami, emosi anak – anak, dalam masa yang sama saya sedang mengawal emosi sendiri. Saya pegang 1 je..

Allah sentiasa bersama saya. Allah tahu penat saya. Allah tahu segala apa yang ada dalam hati saya. Allah tak pernah tinggalkan saya. Semoga dengan ujian ni Allah hapuskan d0sa – dosa saya. Saya takut andai saya tak jaga suami dan anak – anak saya nanti apa yang saya nak jawab depan Allah. Semoga ada hikmah terbesar untuk keluarga saya… Doakan kesembuhan untuk suami saya ye.. – Ku (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Saya baca semua komen dan kata – kata semangat dari anda semua. Terima kasih yang tak terhingga. Saya jawab beberapa persoalan di sini ye. Hari pertama suami saya kemaIangan .. Semasa on the way ke hospitaI. Saya cuba terima kenyataan.

Saya letak tangan di dada saya dan saya cakap aku redha ya Allah. Ya.. Saya ada menangis. Itu pun hari ke 4 suami saya k0ma. Saya menangis sebab susahnya saya nak terangkan pada anak – anak keadaan bapa diorang masa tu.

Bangun pagi anak – anak tanya papa masih tidur ke? Saya dan anak – anak sungguh – sungguh menangis masa tu. Bagi saya cukup setakat itu sebab menangis akan membuatkan kita sem4kin lemah. Sebelum discaj dari hospitaI, seorang doktor ada cakap pada saya.

Suami puan yang dulu dah tak ada.. Puan kena terima suami puan yang baru. Masa tu saya masih dalam keadaan blur – blur.. Bila dah lama – lama baru saya sedar. Ye suami saya yang dulu dah tak ada. Berubah dari segi per4ngai, berubah dari segi emosi, berubah dari segi pemikiran segala – galanya berubah.

Kenapa saya dan anak – anak masih bertahan dengan kehidupan ini? Sebab sebelum kemaIangan suami saya sangat – sangat bertanggungjawab pada saya dan anak – anak. Dia akan k0rbankan segalanya demi kami. Kenapa saya tidak boleh k0rbankan segalanya sekarang?
Banyak kali juga suami saya suruh cari lain yang boleh jaga saya dan anak – anak. Tapi saya cakap saya akan doa setiap hari supaya Allah tetapkan hati saya untuk dia. Selagi saya ada biarlah 2 tangan ni yang menjaga dia. Ubah niat kita. Kita sayang suami kerana Allah. Jangan sayang suami melebihi sayang kita pada Allah.

Suami saya seorang pencarum perkeso tetapi tidak layak untuk dapat pencen ilat sebab kemaIangan bukan di waktu bekerja dan suami saya masih mempunyai pendapatan. Perkeso biaya kos rawatan untuk masukkan 5 besi di tangan dan kaki dan 1 skru di muka (tulang muka suami saya ada lebih 6 tulang patah) hampir RM10 ribu.

Suami saya juga ada menerima rawatan di pusat rehabilitasi perkeso melaka hampir 2 bulan kos untuk 1 hari RM1200. Sekarang.. Fizikal suami saya alhamdulillah hampir 80% sembuh. Saya sekarang banyak ke pakar psiki4trik.. Psych0logy untuk pulihkan semangat suami saya.

Nampak sembuh hakikatkan sedang berperang dengan em0si. Di sini perIukan kekuatan untuk menjaga suami saya sebenarnya tapi bagi saya, Allah akan bagi kekuatan pada saya dan anak – anak untuk jaga suami saya dan Allah sentiasa lindung saya dan anak – anak dari perkara – perkara yang tak diingini.

Kita sebagai isteri atau suami jangan terlalu selesa dengan kehidupan kita.. Bersedia untuk diuji.. Sebab dunia ni ladang ujian. Andai kita bersedia insha Allah kita jatuh tapi tak terlalu sakit walaupun orang nampak ujian kita tu sangat berat.

Serahkan diri sepenuhnya dalam jagaan Allah. Setiap hari saya serahkan jiwa saya. Suami saya, anak – anak saya. Seluruh kehidupan saya pada Allah. Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kami. Sekian coretan kehidupan keluarga kami selepas suami saya kemaIangan 🙂 – Ku (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Berry Hamid : Saya sangat tertarik dengan statement ‘dunia ini ladang ujian’.. MashaAllah.. semoga Allah angkat segala kepayahan, kesusahan yang Puan alami dan dipermudahkan segala urusan Puan sekeluarga, serta suami kembali pulih seperti sediakala. Amiinn yra

Nik Nurul Aswani NK : Betul… Bersedia untuk diuji. Tatkala hidup dirasakan mulai sempurna, Allah hadirkan ujian. Satu demi satu. Tidak semua merasakan nikmat diuji dan terus diuji. Semoga confessor diberikan sebesar – besar ganjaran di atas segala kebaikan yang dilakukan dan akan dilakukan.

Baca Lagi:
Anak sulung perempuan umur 9 tahun, bapa yang tidurkan… Lain macam
Hampir 100 staf diarah cuti tanpa gaji, Aman Palestin kecilkan operasi
Pencinta kucing mesti selalu bau yang tak enak, ini cara nak neutralkan balik udara dalam rumah
CATEGORIES