Pencinta kucing mesti selalu bau yang tak enak, ini cara nak neutralkan balik udara dalam rumah

Photo of author

By Joe

Pencinta kucing mesti selalu bau yang tak enak, ini cara nak neutralkan balik udara dalam rumah. Kebiasaannya kediaman mereka yang membela kucing akan mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

Namun, bau itu mungkin tidak akan disedari oleh tuan rumah kerana sudah terbiasa.
Sebaliknya, bau yang kurang enak tersebut dapat ‘dikesan’ oleh tetamu atau orang luar yang datang bertandang.

Pencinta kucing mesti selalu bau yang tak enak, ini cara nak neutralkan balik udara dalam rumah

Jangan risau, melalui posting @qienaibrahim di laman TikTok, ada dikongsikan cara mudah untuk pemilik si bulus menghapuskan bau-bauan ini.

Bahan-bahan:

1) Batang kulit kayu manis

2) Bekas kosong

Langkah-langkah:

1) Ambil beberapa batang kulit kayu manis, kemudian masukkan ke dalam bekas.

2) Isikan dengan air, seterusnya letakkan di tempat tersorok seperti di bawah kabinet.

3) Letakkan bekas yang berisi air campuran kulit kayu manis ini di setiap penjuru rumah. Jika air di dalam bekas dilihat sudah pekat dan berbuih, boleh buat baharu.

Teknik ini akan membantu meneutralkan sebarang bau-bauan kucing yang mungkin tidak disenangi tetamu.

Selain itu, tuan rumah juga haruslan sentiasa membersihkan ‘litter box’ si comel, jangan biarkan ia penuh.

@qienaibrahim Antara tip utk Majikan indoor..selain bibik kena rajin buang jongkong emas majikan n bersihkan litter box MajikanšŸ˜ #cat #tip #tiktok #kucinglucu #tipkucing #pecintakucing #indoorcats #indoorlife ā™¬ original sound – Qiena Ibrahim

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Baca Lagi:
Penceramah teknologi maklumat bongkar hampir setengah juta data peribadi rakyat Malaysia dijual di platform e-dagang terkemuka
Pesara umur 73 tahun merana bateri meletup dalam zakar, mengaku sumbat 3 biji bateri dalam kemaluan untuk puaskan nafsu
ā€œSepanjang 2 tahun kahwin, boleh kira dengan jari berapa kali kami bersama, terasa diri lagi hina dari pengemis, aku sampai bersujud dekat kaki suami supaya ceraikan akuā€¦ā€