Duit hilang dalam akaun bank jangan panik! Ini yang perlu anda buat supaya dapat balik duit hilang

Duit hilang dalam akaun bank jangan panik! Ini yang perlu anda buat supaya dapat balik duit hilang

Duit hilang dalam akaun bank jangan panik! Ini yang perlu anda buat supaya dapat balik duit hilang. Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai beberapa kes kehilangan wang secara tiba-tiba di dalam akaun bank. Bahkan ada yang mendakwa telah rugi sehingga ratusan ribu ringgit akibat daripada kejadian tersebut.

Ia juga secara tidak langsung dikaitkan dengan kegiatan ‘scammer’ yang bijak mengatur langkah sehingga berjaya ‘melesapkan’ wang tersebut sekelip mata sahaja.

Berikutan itu, ramai yang mula bimbang mengenai nasib wang di dalam akaun bank mereka dan takut jika perkara sama berlaku terhadap mereka.

Duit hilang dalam akaun bank jangan panik! Ini yang perlu anda buat supaya dapat balik duit hilang

Andai kata ia berlaku kepada anda, jangan panik kerana ada beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh anda termasuk memfailkan saman.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, mari ikuti perkongsian firma undang-undang Messrs.Azimah & Co di bawah ini.

BUNTU DUIT HILANG DALAM AKAUN BANK ANDA???

INI LANGKAH YANG ANDA BOLEH LAKUKAN:

1) HUBUNGI TALIAN HOTLINE BANK ANDA UNTUK MEMBUAT SEKATAN KE ATAS AKAUN ANDA.

Maklumkan kepada pihak bank anda mengesyaki pihak lain melakukan transaksi tanpa kebenaran anda.

2)KUMPUL BUKTI

Mesej pengeluaran/pemindahan yang diterima daripada pihak bank ke telefon anda.

  • Screenshot online transaction daripada website bank anda (sekiranya anda mempunyai akaun untuk online transaction.). Jika tidak, boleh minta salinan transaksi di kaunter bank.

3)REPOT POLIS

Buat report polis di balai polis berhampiran mengenai pengeluaran/pemindahan duit yang berlaku.

4)PERGI KE CAWANGAN BANK TEMPAT ANDA BUKA AKAUN

Namun sekiranya jauh dari tempat anda berada sekarang, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank berdekatan. Bawa segala dokumen yang berkaitan termasuk repot polis.

  • Maklumkan kepada pihak mereka kejadian yang berlaku. (Pihak bank akan memaklumkan tempoh masa untuk mereka melakukan siasatan).
  • Ambil nombor telefon pegawai bank yang berurusan dengan anda.

5)ANDA BOLEH TUNGGU SEHINGGA DIHUBUNGI OLEH PIHAK BANK.

ATAU

6)JIKA TIDAK MAHU MENUNGGU LAMA, ANDA BOLEH MENGHANTAR LETTER OF DEMAND (LOD) KEPADA PIHAK BANK

Lantik peguam untuk menyediakan LOD bagi mendapatkan penjelasan tentang transaksi yang berlaku tanpa pengetahuan anda.

  • Peguam akan meminta pihak bank untuk melakukan siasatan dalam tempoh yang diberikan.

7)Sekiranya penjelasan yang diberikan oleh pihak bank tidak memuaskan, atau anda mendapati wujud faktor kelalaian, atau kemungkinan data privasi anda dicerobohi, anda boleh mengambil tindakan lanjut dengan MEMFAILKAN SAMAN.

Kos untuk menyediakan LOD tidak seperti kos memfailkan saman. Ia jauh lebih murah dan merupakan langkah yang cepat jika anda ingin mendesak bank meneliti apa yang berlaku pada akaun bank anda dengan kadar segera. Namun perlu diingat, langkah ini hanyalah membantu mempercepatkan proses siasatan.

Ini bukanlah suatu jaminan bahawa duit anda akan dipulangkan! Setelah maklum balas diperolehi dari pihak bank, sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan pihak bank, anda boleh mendapatkan nasihat daripada peguam anda untuk langkah seterusnya.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

PIDM

Ada sesetengah pihak salah faham mengenai fungsi PIDM. Katanya, orang yang kehilangan boleh menuntut dengan bank sebab duit kita diinsuranskan dilindungi bawah PIDM. Abang-abang, kakak-kakak, duit simpanan anda dilindungi sekiranya berlaku kegagalan bank dengan erti kata lain bank tempat anda simpan tu BANKRAP. Insurans bawah PIDM ini tidak melindungi untuk kes-kes terpencil seperti kehilangan duit daripada akaun simpanan individu. “Sistem Insurans Deposit ialah sistem yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagi melindungi pendeposit daripada kehilangan deposit diinsuranskan yang disimpan di institusi ahli sekiranya sesebuah institusi ahli mengalami kegagalan. Bank perdagangan dan bank Islam yang merupakan institusi ahli PIDM juga dikenali sebagai bank ‘ahli’.” – petikan daripada laman web PIDM

Complaint Form – Bank Negara:

Untuk isu hilang duit ni, ada yang mendakwa pergi ke bank dan mintak dengan pegawai nak isi borang BNM. Siap cakap setiap bank MESTI ada borang tu. Kalau tak menjadi satu kesalahan kalau pegawai bank tak bagi kita isi borang tu. Wahai abang-abang dan kakak-kakak, semua orang pun akan gabrah bila duit tiba-tiba hilang dari akaun.

Tapi ikutlah saluran yang betul. Tak perlu pergi bank pun kalau setakat nak mintak dengan pegawai bank Complaint Form BNM. Tapi kena ingat ni. Bank negara telah WARNING awal-awal, sebelum isi borang ni, kita sebagai pengguna perlu BERUSAHA mendapatkan penyelesaian dengan Unit Aduan institusi kewangan atau pengeluar instrumen pembayaran.

Maksudnya, kita sedaya upaya kena cuba berurusan dengan bank dahulu berkenaan isu hilang duit. Sudah pasti apabila kejadian duit hilang ni diadukan pada bank, pihak bank akan menyiasat terlebih dahulu dan akan memaklumkan pada anda apa yang berlaku.

Sekiranya anda MASIH TIDAK BERPUAS HATI dengan maklum balas/hasil siasatan pihak bank, barulah anda boleh isi borang ini.

Sila BACA dan HADAM info sebelum isi borang tersebut kerana Bank Negara meletakkan beberapa kondisi/syarat sebelum isi form. Sila baca maklumat lanjut di laman web Bank Negara di pautan di bawah:

http://www.bnm.gov.my/

Jadilah pengguna YANG BIJAK…BUKAN YANG BEREMOSI!

Baca Lagi:
Lelaki terkejut nampak sesuatu tengah jalan ketika balik kerja pukul 3 pagi, rupanya…
Promote judi di Bazar Ramadan, lelaki tegur individu ini raih perhatian ramai
Difitnah menghalang sebut istilah ‘kafir’, Fadhlina Sidek buat penjelasan
CATEGORIES