Dua wanita cemas jumpa lelaki tunjuk ‘anu’ atas motosikal

Dua wanita cemas jumpa lelaki tunjuk ‘anu’ atas motosikal

Dua wanita cemas jumpa lelaki tunjuk ‘anu’ atas motosikal. Dua wanita bersaudara berdepan detik cemas apabila terserempak dengan seorang lelaki yang menunjukkan kemaluannya ketika menunggang motosikal.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Keda, Sungai Udang, di sini, hari ini.

Nur Wahida Ahmad, 27, berkata, kejadian berlaku 11.30 pagi ketika dia bersama anak saudara perempuannya berusia 20 tahun pulang dari kursus kulinari di Guar Chempedak dengan menunggang motosikal.

Dua wanita cemas jumpa lelaki tunjuk 'anu' atas motosikal

Katanya, sebaik tiba di Batu 22, Teroi, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an itu tiba-tiba menunggang motosikal bersebelahan mereka sambil membuka zip seluar dan memegang kemaluannya.

“Ketika itu ada sebuah kereta di belakang dan lelaki itu menunggang motosikal terus ke hadapan dan ketika itu saya ingat dah selamatlah.

“Namun tidak lama kemudian dia berhenti di tepi jalan dan mengekori kami di belakang menyebabkan saya sempat merakam aksi lelaki itu sebelum kami terus pulang ke rumah dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan tidak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Nur Wahida, dia masih trauma dengan apa yang berlaku kerana berdasarkan maklumat orang ramai, ramai wanita yang di kawasan itu pernah mengalami nasib sama.

“Lelaki itu menunggang motosikal Yamaha Y15 biru tanpa nombor pendaftaran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan setakat ini pihaknya sedang mengesan suspek.

Baca Lagi:
Rahsia ‘ustaz dunia’ akhirnya terbongkar, hidup mewah hasil duit derma
Lelaki terkejut jumpa duit dalam dinding rumah sebanyak RM245,000, bila pergi bank lain pula yang jadi
Pakar kewangan dedah ramai rakyat mahu keluarkan duit KWSP sebab rasa belum tentu hidup selepas bersara
CATEGORIES