Pakar kewangan dedah ramai rakyat mahu keluarkan duit KWSP sebab rasa belum tentu hidup selepas bersara

Pakar kewangan dedah ramai rakyat mahu keluarkan duit KWSP sebab rasa belum tentu hidup selepas bersara

Pakar kewangan dedah ramai rakyat mahu keluarkan duit KWSP sebab rasa belum tentu hidup selepas bersara. Pakar kewangan mendapati ada segelintir pihak yang bukan tergolong dalam kumpulan terdesak, namun masih mahukan pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kebanyakan mereka juga mempunyai ‘mindset’ mahu merasa duit KWSP sebelum tua kerana tidak tahu sampai bila akan hidup.

Menurut Afyan Mat Rawi, penyelesaian masalah menggunakan KWSP hanyalah umpama pil penahan sakit, tetapi ia tidak menyelesaikan akar masalah sebenar iaitu literasi kewangan.

Pakar kewangan dedah ramai rakyat mahu keluarkan duit KWSP sebab rasa belum tentu hidup selepas bersara

“Jika situasi itu disebabkan pengeluaran untuk tujuan benar-benar terdesak, dapat kita fahami.

“Tapi malangnya ramai juga yang buat pengeluaran dengan mindset, bila lagi nak merasa duit KWSP. Kalau tunggu umur bersara, belum tentu hidup”, katanya memetik Kosmo!.

Mengulas cadangan menjadikan wang KWSP sebagai cagaran untuk berhutang dengan bank, Afyan mengumpamakan hal itu seperti gali lubang, kemudian tutup lubang.

Katanya, ia hanya akan me­nguntungkan bank dan wang KWSP lebih baik kekal di instrumen itu berbanding dikeluarkan untuk tujuan yang tidak terdesak

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak melihat keputusan untuk membenarkan pengeluaran KWSP buat masa ini adalah yang terbaik kerana majoriti pencarum mempunyai simpanan terlalu sedikit.

Dalam statistik terkini, KWSP memaklumkan, seramai 6.1 juta ahli mempunyai kurang RM10,000 dalam akaun mereka.

Baca Lagi:
Bos pelik pekerja dapat MC 5 hari, sekali ini yang jadi…
Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘One-Off’ sebelum Aidilfitri
Lelaki dapat duit ‘sedebuk’ RM250K, tiba-tiba ramai mengaku saudara-mara mahu pinjam duit
CATEGORIES