Dua pekerja pembersihan stadium JDT maut

572929 e1655210253106

Dua pekerja pembersihan stadium JDT maut.

Dua pekerja pembersihan kontrak maut terjatuh ketika membuat kerja-kerja pembersihan di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, di Johor Bahru, Johor pada Isnin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa yang berusia 34 dan 35 tahun maut di lokasi kejadian.

“Kejadian lebih kurang pukul 12.30 tengah hari ketika melakukan kerja pembersihan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Kamarul Zaman berkata, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat.

Jelasnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dilakukan termasuk bagi mengenal pasti punca kejadian.

Dua pekerja pembersihan stadium JDT maut

Sementara itu, kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) menerusi Facebook (FB) Johor Southern Tigers memuat naik ucapan takziah kepada keluarga dan bersimpati di atas kejadian yang menimpa pekerja daripada syarikat pembersihan profesional yang dikontrakkan oleh JDT untuk menyelenggara fasiliti.

JDT pada masa sama turut memaklumkan sedang menunggu laporan penuh mengenai insiden itu daripada pihak berwajib dan syarikat yang dikontrakkan untuk menyelenggara stadium itu.

Stadium Sultan Ibrahim terletak di Iskandar Puteri, Johor dirasmikan pada 22 Februari 2020 dengan nilaian RM200 juta mampu memuatkan 40,000 penonton.

Stadium Sultan Ibrahim dibina sejak Januari 2016 di atas tanah berkeluasan 28 hektar menempatkan kemudahan padang jenis Zeon Zoysia, reka bentuk stadium pula diilhamkan daripada bentuk daun pisang, sekali gus dianggap tercanggih di rantau Asia Tenggara.

Baca Lagi:

Makan ikan belacak dua alam, ini penjelasan Mufti

Selepas tanya soalan ‘siapa lagi fikir akan mati di usia muda?’ TikTokers ditemui meninggal dunia

Dah jadi macam ‘tiger show’, aksi tayang dan tepuk punggung 4 usahawan produk dikecam netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *