Bersenam atas motor, lelaki dijatuhi hukuman penjara, denda dan motorsikal disita

e3539737 6a65 4a67 a559 e32ec6cd5418 e1655182326759

Bersenam atas motor, lelaki dijatuhi hukuman penjara, denda dan motorsikal disita.

Seorang lelaki dilaporkan telah didenda dan dipenjara selepas didapati melakukan aksi merbahaya ketika menunggang motosikal di sebuah jalan raya di Nakhon Sawan, Thailand.

Memetik laporan Thailand Posts English, video yang memaparkan kejadian itu telah menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai respon dari orang ramai.

Menerusi video itu, penunggang motosikal terbabit dilihat seperti melakukan aksi ‘senaman’ dengan ‘meregangkan’ badannya ke belakang.

Lebih merisaukan, motosikal yang ditunggang olehnya itu memecut dengan laju sehingga hampir melanggar sebuah kenderaan di hadapannya.

Dengan memakai topeng muka berwarna hitam, lelaki itu langsung tidak gentar sehingga ramai netizen yang mengesyaki bahawa dia berada di bawah pengaruh alkohol.

Selepas video itu tular, pihak polis berjaya mengesan dan telah menahan lelaki tersebut.

Dia seterusnya telah didakwa atas kesalahan menunggang motosikal secara cuai dan beberapa lagi kesalahan lain.

Dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Wilayah Nakhon Sawan, lelaki itu dilaporkan telah mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama sebulan, didenda 3,000 baht (RM379) serta motosikalnya disita.

@utusantvofficial Macam2 hal. Kejadian di wilayah Nakhon Sawan, Thailand. #fyp #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – UtusanTV

Baca Lagi:

Senarai gaji artis Malaysia terkenal yang termahal sekali persembahan

Penarik kereta maut ditetak sekumpulan lelaki guna parang

Warga Filipina guna MyKad palsu dipenjara 3 bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *