DS Vida mengamuk ada orang hantar kotak hadiah misteri serta kad ucapan dilamar

DS Vida mengamuk ada orang hantar kotak hadiah misteri serta kad ucapan dilamar

DS Vida mengamuk ada orang hantar kotak hadiah misteri serta kad ucapan dilamar. Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida telah mencuri perhatian warganet selepas memuat naik sebuah video di Instagram (IG).

Siapa masuk meminang?

DS Vida mengamuk ada orang hantar kotak hadiah misteri serta kad ucapan dilamar

Menerusi hantaran itu, Vida menerima sebuah bungkusan kotak misteri yang mengandungi sehelai baju beserta kad ucapan yang memberitahu dia dilamar.

Bagaimanapun, pemberian itu tidak menggembirakan hatinya apabila Vida, 52, bertindak melemparkan pakaian itu tepat pada kamera yang sedang merakam.

Di ruangan kapsyen, pemilik nama Hasmiza Othman menegaskan untuk tidak dibuat main soal lamaran. Baginya, itu perkara yang sensitif.

Siapa pulak nak melamar saya ini? Jangan buat kerja gila hari Jumaat ini. Ingat benda main main ke? Siapa punya kerja ini?

Bikin suspen la..

DS Vida mengamuk ada orang hantar kotak hadiah misteri serta kad ucapan dilamar

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut menyifatkan individu yang melamar Vida sangat bertuah.

Selain itu, ada juga segelintir netizen ternanti-nanti sambungan video tersebut kerana ingin tahu pengakhiran.

Baca Lagi:
Detik cemas si ibu leka main telefon, abang bawa masuk adik dalam mesin basuh dobi
“Ikan seekor, sayur dua butir, kuah tak ada pula”, Exco Pas perlekeh Menu Rahmah
Tengku Zafrul beri gambaran ada lagi berita gembira bakal diumumkan
CATEGORIES