Detik cemas si ibu leka main telefon, abang bawa masuk adik dalam mesin basuh dobi

Photo of author

By Joe

Detik cemas si ibu leka main telefon, abang bawa masuk adik dalam mesin basuh dobi. Di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Azura, berkongsi sebuah kisah di mana seorang ibu tidak mengawasi gerak geri anak-anaknya ketika berada di dobi.

Main telefon

Menurut Azura, si ibu kelihatan ralit bermain telefon tatkala menunggu pakaian yang sedang dibasuh di dobi. Pada masa yang sama, anak-anaknya dibiarkan aktif bermain tolak-tolak bakul yang berada di dobi tersebut. Enggan mempeduli situasi tersebut, Azura mengambil keputusan untuk menunggu di dalam kereta.

Semasa di dalam kereta, Azura ternampak kanak-kanak tersebut yang dipercayai si abang sedang memasukkan adiknya ke dalam salah satu mesin basuh. Terkejut melihat situasi tersebut, Azura bergegas keluar dari kereta dan menegur si ibu. Wanita tersebut terus memarahi anak-anaknya yang dipercayai berusia antara 4 hingga 5 tahun.

@azurasapari618 KORANG YG MENDOBI BWK ANK2 TU JAGA LAH ANAK ELOK2.. AKU MMG CUAK GILERRR..AKU PIKIR ANAK DIA KURANG OKSIGEN KE APA.. YG AKU GERAM MAK DIA LANGSUNG XDE TERIMA KASIH WEHHH… #fypシ ♬ original sound – Azura Sapari

@azurasapari618 PART 2 #DOBI #fypシ ♬ original sound – Azura Sapari

Tambah Azura, mujurlah tiada perkara buruk yang berlaku pada masa itu. Jelasnya lagi, pintu mesin basuh itu boleh dibuka pada waktu kejadian. Di akhir video, Azura berharap perkongsiannya itu dapat dijadikan pengajaran buat semua khususnya ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak-anak kecil.

Baca Lagi:
Janna Nick ‘exercise’ berpeluh macam mandi, netizen perasan sesuatu pula
Pelancong terkejut jumpa kaki manusia tanpa badan di kawasan air terjun
Ambil masa sebulan hanya belajar angkat tangan macam Anwar