Dr Ashraf Rostam dedah maksud sebenar ‘pose’ DMA Islam yang tular di TikTok

Photo of author

By Joe

Dr Ashraf Rostam dedah maksud sebenar ‘pose’ DMA Islam yang tular di TikTok. Lepas trend ‘Nisa AI’, muncul lagi satu trend DMA Islam yang kini semakin viral di TikTok. Trend tersebut dimulakan oleh pengguna TikTok, DMA Islam yang memerlukan seseorang itu membuat beberapa gaya sebelum ia menjadi ikutan di media sosial tersebut.

Namun begitu, seorang lelaki di TikTok yang dikenali sebagai Dr. Ashraf Rostam yang merupakan seorang doktor falsafah (PhD) dalam bidang Sains Biomedik mendedahkan maksud sebenar gaya-gaya dalam trend tersebut.

Maksud posing ‘The Steeple’

Dr Ashraf Rostam dedah maksud sebenar 'pose' DMA Islam yang tular di TikTok

Menerusi video tersebut, lelaki itu memberitahu gaya menyatukan kelima-lima hujung jari menyentuh lima jari pada kedua-dua belah tangan dinamakan sebagai ‘The Steeple’.

Kebiasaannya, gaya tersebut digunakan oleh orang yang berpangkat besar dalam sesebuah syarikat atau badan berautoriti bagi mempamerkan keyakinan diri.

Gaya ‘The Lowered Steeple’

Selain itu, apabila posing ‘The Steeple’ tersebut diletakkan di bawah antara kedua-dua belah kaki ketika duduk, ia dinamakan sebagai ‘The Lowered Steeple’.

Gaya itu selalunya dilakukan oleh pemain catur ketika sedang bertanding dengan pihak lawan.
Dengan gaya tersebut sambil tersenyum kepada pihak lawan, ia menunjukkan pemain catur itu seakan-akan yakin dan tahu akan pergerakan buah catur yang akan dilakukan oleh pihak lawan selepas itu.
Gaya itu juga sinonim dengan seorang ahli politik Jerman, Angela Merkel yang selalu melakukan posing tersebut sehinggakan gaya tersebut dinamakan sebagai ‘Merkel Diamond’.

Lelaki itu menyatakan kesemua gaya yang diterangkan adalah berdasarkan buku bahasa badan yang diterbitkan pada tahun 2005.

Walau bagaimanapun, kajian bahasa badan adalah subjektif kerana ia berkaitan dengan budaya, konteks dan juga masa.

@drashrafrostam Ada apa dengan DMA pose ni ? #dma #dmaislam #dma_islam #dmapose ♬ original sound – Dr. Ash | Self Growth

Namun begitu, asas gaya ‘The Steeple’ itu sendiri menunjukkan keyakinan tuan badan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkara yang disampaikan oleh lelaki tersebut.

Dr Ashraf Rostam dedah maksud sebenar 'pose' DMA Islam yang tular di TikTok

Dr Ashraf Rostam dedah maksud sebenar 'pose' DMA Islam yang tular di TikTok

Dr Ashraf Rostam dedah maksud sebenar 'pose' DMA Islam yang tular di TikTok

Wah.. lepas ni nak buatlah. Baru nampak confident!

Baca Lagi:
Tak pernah bercita-cita nak jadi doktor, akhirnya Dr Noor Hisham dedah cita-cita sebenar buat ramai terkejut
Ini sebab kenapa 8 bandar ini tersenarai paling berbahaya di dunia untuk dilawati
Isham Jalil dipecat UMNO serta-merta, ini sebabnya