Isham Jalil dipecat UMNO serta-merta, ini sebabnya

Isham Jalil dipecat UMNO serta-merta, ini sebabnya

Isham Jalil dipecat UMNO serta-merta, ini sebabnya. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Rabu, mengambil keputusan untuk memecat seorang ahli MKT, iaitu Isham Jalil daripada parti itu serta-merta.

Keputusan itu dimaklumkan oleh salah seorang ahli MKT yang turut menghadiri mesyuarat itu, di Menara Dato’ Onn, malam ini.

Beliau bagaimanamun enggan namanya didedahkan kepada umum.

Isham Jalil dipecat UMNO serta-merta, ini sebabnya

“Dia (Isham) dipecat,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang berakhir sekitar jam 10 malam tadi.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada Isham dipecat daripada UMNO atau ahli MKT.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan pengesahan Isham juga gagal apabila panggilan telefon tidak berbalas.

Mengulas lanjut, sumber itu berkenaan berkata, keputusan itu dibuat setelah parti mendapati Isham melakukan pelbagai kesalahan terhadap UMNO.

“Kesalahan dia banyak, dia suruh presiden dipecat dan letakkan jawatan. Dia kata UMNO, dia tak ikut keputusan parti, dia ajak presiden berdebat secara terbuka.
“Dan ini, saya rasa (mesyuarat) yang keempat dia tidak hadirkan diri,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tradisi dan peraturan parti yang diamalkan sejak 1946 adalah meletakkan kedudukan parti lebih tinggi daripada individu.

Baca Lagi:
Ini kiraan bayaran bulanan untuk kereta Proton S70
“Suami kahwin baru lepas ceraikan aku, lepas 4 bulan suami mesej cakap sesuatu buat aku ketawa besar”
Anak buah bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak dedah bapanya disondol?
CATEGORIES