KPM bakal umum berita baik untuk semua guru

KPM bakal umum berita baik untuk semua guru

KPM bakal umum berita baik untuk semua guru. Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengumumkan berita baik untuk warga pendidik sempena sambutan Hari Guru, esok.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, terdapat beberapa perkara penting yang akan disampaikan bagi menaikkan semangat para guru dan ekosistem pendidikan negara.

“Tidak perlu tunggu Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk umumkan. Menteri Pendidikan sendiri akan umumkan sesuatu, jadi tunggu esok.
“Ada beberapa perkara yang saya fikir penting bagi menaikkan semangat para guru dan keseluruhan ekosistem pendidikan khususnya untuk negara,” katanya.

KPM bakal umum berita baik untuk semua guru

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.

Sementara itu, mengenai AGI 2023, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, pihaknya menerima lebih 16,000 pencalonan dari seluruh negara, meningkat tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, sebanyak 25 penerima AGI telah dipilih berdasarkan kisah-kisah luar biasa mereka yang telah mencurahkan khidmat dan bakti untuk mendidik anak bangsa.

“Selain membawa pulang wang tunai, trofi dan sijil, kita turut menyumbang peruntukan sebanyak RM5,000 kepada setiap sekolah penerima AGI untuk menaik taraf bilik-bilik guru sebagai tanda sokongan kepada inisiatif KPM dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan guru.

“Selain itu, atas persetujuan dan kelulusan KPM, murid yang mencalonkan para guru ini akan dihadiahkan markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK),”katanya.

Tambahnya, markah itu dapat melonjakkan pencapaian murid dalam bidang kokurikulum iaitu satu elemen penting dalam usaha ke arah kemenjadian murid.

Baca Lagi:
Kalau kereta banyak lipas, ini cara halau paling berkesan
‘Dia melahirkan aku’, remuk hati isteri dapat tahu suami kantoi berzina dengan maknya
Ramai tak tahu rupanya getah ‘wiper’ kereta kena cuci selalu, ini caranya
CATEGORIES