Ini fungsi sebenar petak kuning di stesen minyak, rupanya bukan untuk tempat parking kereta

Ini fungsi sebenar petak kuning di stesen minyak, rupanya bukan untuk tempat parking kereta

Ini fungsi sebenar petak kuning di stesen minyak, rupanya bukan untuk tempat parking kereta. Kebiasaannya, stesen minyak mempunyai petak kuning yang ditempatkan di setiap terminal pam bergantung kepada jumlah bilangannya yang ada.

Sekiranya perasan, petak kuning di stesen minyak adalah sedikit berbeza dari petak segi empat besar daripada yang biasa ditemui di mana-mana kawasan parkir kenderaan.

Pun begitu, petak tersebut sebenarnya mempunyai kegunaannya yang tersendiri yang tidak ramai tahu.

Ini fungsi sebenar petak kuning di stesen minyak, rupanya bukan untuk tempat parking kereta

Fungsi petak kuning stesen minyak

Pak Haji (@petronasbukitkempas) di TikTok menerangkan fungsi dan kegunaan petak kuning itu kepada umum dalam satu rakaman video.

Klip yang berdurasi satu minit 10 saat itu dibuat supaya rakyat Malaysia atau pengguna stesen minyak peka dengan petak kuning tersebut.

Sebagai pemilik stesen minyak, Pak Haji rasa bertanggungjawab untuk berkongsi fungsi kerana ia merupakan sebahagian daripada cara untuk mendidik orang ramai.

“Selalu nampak, tapi tidak pernah tahu apa gunanya.
“Di setiap pam di stesen minyak ada kotak kuning, apa gunanya? Hari ini Pak Haji nak kongsi apa guna petak kuning ini, tanda apa,” katanya dalam video tersebut.

Dalam klip itu, sebuah kereta Perodua Myvi diletakkan sebagai contoh di dalam petak kuning untuk rujukan Pak Haji.

Tangki kereta tersebut juga diletakkan dari arah berlawanan daripada muncung pam petrol supaya pengguna mendapat ‘bayangan’ mengenai fungsi petak kuning itu.

“Petak kuning ini adalah tanda kawasan yang boleh dijangkau oleh muncung pam.

“Nozzle ataupun hos ini boleh sampai ke mana-mana, sekiranya tangki kereta anda berada dalam petak,” jelasnya.

Fungsi petak kuning tersebut adalah sebagai kayu pengukur untuk jarak muncung pam petrol ke tangki minyak kereta dalam kadar yang bersesuaian.

Jika dilihat dengan teliti, muncung pam petrol mempunyai satu hos yang panjang, di mana ia membantu pengguna untuk mengisi minyak walaupun berada berjauhan dengan tangki minyak.

Ia juga membantu pemandu untuk meletakkan kenderaan dengan baik supaya dapat menganggarkan jarak antara nozzle dan juga tangki minyak.

Oleh itu, pengguna tidak perlu merasa panik sekiranya posisi tangki minyak berada di tempat yang salah.

“Di mana-mana petak kuning, hos ini boleh sampai.

“Jadi jangan panik, jangan rapat sangat, jangan sampai terlanggar asalkan tangki kereta anda berada di petak kuning,” tambahnya lagi.

Letakkan kereta mengikut petak kuning supaya pengisian minyak berjalan lancar.

@petronasbukitkempas Pak Haji nak komgsi apa fungsi petak kuning di stesen minyak #pakhajipetronas #pakhaji #petronasbukitkempas ♬ original sound – Petronas Bukit Kempas

Baca Lagi:
Baru nak berangan cantik, baju Anju pula tak bagi kerjasama terselit di ‘bontot’ buat ramai terhibur
KPM bakal umum berita baik untuk semua guru
Bos J&T bunuh diri kerana main judi online
CATEGORIES