Digelar ‘Mufti Pengkianat’, Dr Zulkifli tampil bersuara jawab dengan tenang

Digelar 'Mufti Pengkianat', Dr Zulkifli tampil bersuara jawab dengan tenang

Digelar ‘Mufti Pengkianat’, Dr Zulkifli tampil bersuara jawab dengan tenang. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan beliau tidak mempunyai apa-apa yang perlu dirugikan berhubung tuduhan negatif dilemparkan ke atasnya semasa menjawat jawatan itu.

Dr Zulkifli sebaliknya menegaskan beliau hanya menjalankan amanah yang diberi dengan sehabis baik dan tidak pernah mencampuri tangan dalam kemelut politik yang sedang berlaku pada ketika ini.

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan itu menjelaskan sedemikian bagi menjawab persoalan daripada warganet di Twitter tentang beberapa dakwaan serta tuduhan yang dilemparkan ke atasnya semasa menjadi menteri dahulu.

“Saya paling kesian dengan Dr. Zaman ** kena tuduh mufti anjing. Zaman ** kena tuduh keldai ***. Zaman ** kena tuduh mufti pengkhianat. Semoga Allah kurniakan ganjaran syurga buat Dr,” maklum warganet itu.

Digelar 'Mufti Pengkianat', Dr Zulkifli tampil bersuara jawab dengan tenang

Sehubungan itu, beliau berpendapat dirinya langsung tidak berasa rugi atas tohmahan sedemikian, malah baginya realiti dunia ini lebih luas berbanding isu kemelut politik.

“Barakallahufikum. Saya tak rugi apa-apa. Saya cuma buat kerja yang diamanahkan sehabis baik.
“Penting untuk kita faham, realiti dunia ini lebih luas daripada politik di media sosial. Akhirnya, semua nak menuju ke syurga Allah,” katanya menerusi laman Twitter hari ini.
Digelar 'Mufti Pengkianat', Dr Zulkifli tampil bersuara jawab dengan tenang

Terdahulu, Dr Zulkifli memuat naik dua keping gambar beliau bersama bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Twitter.

Muat naik itu turut disusuli dengan kapsyen berupa doa yang membawa makna, ” Ya Allah! Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang takut kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam,”

Baca Lagi:
Istana Negara bakal keluar kenyataan, Mesyuarat Khas Raja-raja Melayu selesai
Pagar pejabat Anwar ditampal notis ‘dilarang masuk’
Kekal tenang, kita masih di hadapan – Hadi Awang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *