‘Dia main henyak je tak bagi salam’, 8 juta orang tengok video Memey duduk mengejut atas Norman Hakim. Perkongsian video pendek yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok aktor Norman Hakim mencuri perhatian wargamaya.
Masakan tidak, di dalam video berdurasi 11 saat itu, Norman yang duduk di atas sofa sambil bermain tiba-tiba ‘diterkam’ isteri, Memey Suhaiza yang terus duduk di atasnya.
Menarik perhatian ramai apabila melihat reaksi spontan wajah aktor berbadan sasa itu yang terkejut.
“Dia main henyak je tak bagi Salam. Nasib baik sayang,” tulis Norman di ruang kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata yang terhibur mengusik pasangan selebriti ini.
@normanhakim_786Dia main ‘henyakkk’ je tak bagi salam😵💫Sib baik sayang❤️
“Wehh boleh luruh jantung member tu. Gelap sebentar dunia dia. Adoi aku ulang banyak kali beb. Jangan sis Memey, nak pakai lama tu.”
“Sampai juling mata Norman.”
“Abang kena syukur kak Memey tu kurus.”
“Persatuan bini-bini memang selalu buat macam tu. Sabar je lah.”
“Terhentaklah ‘boboi’ tu. Sakit wei.”
“Nak marah tapi kena sabar.”
“Huish. Kalau aku pun terkejut.”
Malah ada di antara komen yang berikan itu mendapat reaksi daripada Norman.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 8 juta kali bersama ratusan ribu tanda suka.