“Dari kecil ibu buat aku macam orang gaji, sekarang baru aku tahu yang aku anak luar nikah”

Photo of author

By Joe

“Dari kecil ibu buat aku macam orang gaji, sekarang baru aku tahu yang aku anak luar nikah”. Maafkan diriku jika confession ini membuat anda trigger. Kenalkan, aku Fa. Aku seorang perempuan, anak sulung, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, bekerjaya dan usia awal 30-an.

Aku straightforward, aku adalah anak luar nikah. Masa kecilku, banyak memori duka berbanding suka. Aku dipukuI dengan teruk hanya kerana kesalahan kecil. Badan aku habis Iebam berbirat. Luka – Iuka walau sudah sembuh, tetap saja Iuka itu membekas di hati.

Aku pernah dihalau keluar rumah walau ketika itu aku masih kecil. Tak tahu apa – apa. Aku nak lari ke mana? Aku juga pernah dihukum dengan kesalahan yang aku tidak pernah buat. Aku yang sulung, aku yang kerap dipersalahkan. Semua itu masih segar dalam ingatan.

"Dari kecil ibu buat aku macam orang gaji, sekarang baru aku tahu yang aku anak luar nikah"

Masa tu aku belum membenci ibu. Sampailah saat aku tahu yang aku sebenarnya anak luar nikah dan aku dibintikan dengan bukan bapa kandungku (untuk menutup aib keluarga). Sejak aku tahu, aku kerap memberontak dalam diri. Kehidupan aku juga dikongkong.

Aku seperti orang gaji sedangkan adik – adikku bersenang – lenang. Sebaik mana pun perangai aku, aku tetap nampak buruk. Ibu ku seorang NPD. Lebih menyayangi anak kedua, ketiga dan bongsu walaupun ibu aku cakap yang dia sayang semua.
Dipendekkan cerita, aku banyak dapat tawaran belajar tapi ibu aku tolak sebab kami orang miskin. Tapi akhirnya aku berjaya sambung belajar atas jasa makcik aku. Terima kasih makcik. Dapatlah aku keluar dari dunia ibuku.

Masa tu aku sangat gembira dapat bebas dari kongkongan ibu. Masa kahwin, urusanku sulit sebab kena guna wali hakim. Terpaksa buat cerita dengan keluarga yang kami telah bernikah padahal hanya untuk menutup aib.

Kami nikah di pejabat agama disaksikan keluarga terdekat aku dan suami. Mujur keluarga mertua dapat terima aku seadanya begitu juga suamiku. Kami direzekikan dapat zuriat sebulan selepas nikah. PJJ dengan suami, dan dipendekkan cerita lahirlah anak pertama kami, dengan keadaan kami masih menyewa.

Majlis kahwin ibuku suruh buat besar – besaran. Tidak mampu, tapi takut dengan cakap – cakap orang kampung. Terpaksalah suamiku buat loan hanya untuk merealisasikan “impian” ibu ku. Dapat rezeki pindah, maka bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri sebumbung.

Alhamdulillah di sebalik semua ujian kami dapat atasi. Terima kasih duhai suami kerana banyak bersabar. Ibu aku selalu sangat minta kami balik ke kampung, setiap minggu, sampai aku rasa kami tiada kehidupan sendiri.

Dari kecil, hingga berkahwin dan beranak dua ni kehidupan aku sering diatur mengikut kehendak ibu. Jika tidak diikut, akan merajuk. Mulalah aku dihantui dengan rasa bersalah dan berd0sa sebab derhaka. Marah anak tak boleh, tapi masa kecilku aku kerap dimarahi malah lebih teruk, dipukuI.

Cara kami didik anak pun ditegur. Padahal itu anak – anak kami. Bukan membuka pekung di dada, tapi hakikat yang ingin aku katakan: Ibu bapaku dan adik beradikku tidak mengamalkan kehidupan beragama. Tidak solat dianggap normal.

Membuka aurat dan tutup aurat mengikut keadaan. Tidak puasa walaupun sihat. Keadaan ini membuatku keliru. Aku tercari – cari hidayah. Dan aku janji, walau keluargaku begini, tapi kehidupan beragama itu kena bermula dari aku. Aku dan suami berusaha didik anak sesuai dengan suruhan agama. Doakan kami dapat jadi ibu bapa yang baik untuk anak – anak kami.

Aku pendekkan cerita, sampailah aku tak mampu tipu diriku. Aku benci dengan ibu dan rasa dendam makin hari makin kuat. Kalau boleh aku mahu putuskan hubungan dengan ibu dan keluarga. Aku mahu mereka tak ganggu kehidupan aku lagi. Aku mahu “lari” jauh dari mereka.

Aku kerap trigger hinggakan anak – anak aku tantrum, fikiran jahat selalu menghasut, untuk cederakan anak – anak. Sampaikan aku dapat bayangkan aku sudah “cederakan” anak aku! Aku tak dapat kawal diri. Aku takut aku hilang waras.

Mujur Allah masih pelihara diri dari melakukan perkara itu. Aku ada berjumpa doktor, dan doktor refer aku untuk kaunseling. Aku masih berusaha untuk sembuh. Tapi ibu kerap ganggu aku. Aku jadi semakin benci ibu. Aku juga tidak balik ke kampung.

Aku juga tidak bertanya khabar. Aku tak mau tahu apa – apa tentang ibu. Aku tahu aku derhaka. Sampai bila aku macam ni aku tak tahu, apa pengakhiran hidup aku tak tahu, apa yang aku tahu aku benci ibu dan tak mahu jumpa ibu.

Mungkin bila ibu meninggaI aku akan melupakan. Janganlah Allah uji ibu sakit dan perlu dijaga, memang aku akan nampak anak yang terpaling derhaka. Doakan aku agar tidak jadi seperti ibu, doakan anak – anak aku agar tidak membenci aku sebagaimana aku membenci ibu. Aku mendewasa dengan Iuka, aku cuba memaafkan “jiwa anak kecil” yang ada dalam diri aku. – Anak yang derhaka (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ramadeyah Debon : Apa yang sis sedang lalui ialah break the circle. Memang circle yang lama akan sedut energy sis sampai sis depress. Apapun sis kena kuat. Saya percaya Allah swt bersama sis dengan semua nikmat dengan keluarga baru.

Apapun sis doa semoga Allah swt bantu dan di sudut hati sis doakan jugak ibu sis diampunkan dosanya. Orang npd lifetime perangainya. Nak ubah dah susah sebab memang itu diri dia. Apapun sis berhak pilih circle yang membahagiakan.

Tun Ramos : Patuh pada suami. Cukup. Itu sahaja pintu syurga anda. Tak perlu berbuat baik sangat pada ibu yang kejam dan zaIim. Syukur pada Allah yang keluarkan anda dari keluarga sebegitu. Sayangi keluarga kecil anda. Didik anak – anak, didik diri untuk hidup dalam keredhaan Allah.

Baca Lagi:
Kanak-kanak perempuan disambar buaya ketika mandi di jeti
Tiada lagi jenama kegemaran wanita, Tupperware bakal tutup kilang
Ladang bulu haiwan di China jadi lubuk virus baharu, bakal cetuskan pandemik masa depan