Penyokong Messi tak keruan selepas Portugal keluarkan syiling khas wajah Cristiano Ronaldo

Photo of author

By Joe

Penyokong Messi tak keruan selepas Portugal keluarkan syiling khas wajah Cristiano Ronaldo. Ketika kebanyakan negara meletakkan wajah ketua negara di atas mata wang mereka, Portugal sebaliknya mengabadikan wajah Cristiano Ronaldo di atas syiling €7 (RM32).

Syiling €7 (RM32) ini mendapat inspirasi daripada jersi ikonik penjaring terbanyak sepanjang zaman Portugal dan dijangka akan menjadi tumpuan peminat pengumpul syiling di seluruh dunia, menurut pakar duit syiling, Dan Barret, hari ini.

Permukaan syiling khas itu akan menampilkan wajah pemenang lima kali Ballon d’Or bersama perkataan ‘CR7’ yang timbul di atasnya.

Penyokong Messi tak keruan selepas Portugal keluarkan syiling khas wajah Cristiano Ronaldo

Keputusan untuk mengeluarkan syiling istimewa ini diambil sempena karier gemilang Ronaldo yang berusia 39 tahun. Beliau telah menjaringkan 130 gol untuk negaranya, selain membawa Portugal menjuarai Euro 2016 dan membantu A Selecao menjulang trofi Liga Negara-Negara pada 2019.

Ronaldo, yang baru-baru ini menjadi individu pertama dalam sejarah mengumpul lebih 1 bilion pengikut di media sosial, bakal menyaksikan wajahnya menghiasi syiling tersebut yang akan diiktiraf sebagai mata wang rasmi.

Ronaldo, yang telah melepasi 900 gol dalam kariernya ketika menentang Croatia awal bulan ini, juga menyasarkan untuk menjadi pemain pertama yang menjaringkan 1,000 gol profesional sebelum menggantung but secara rasmi.

Baca Lagi:
Pesara tentera 81 tahun jadi jutawan segara, menang cabutan Al-Awfar RM1 juta
“Dulu aku tergila dekat suami, sampai menangis kejar depan rumah, lepas kahwin ini yang aku dapat”
Wanita jadi ibu tunggal sekelip mata tak sempat merasa duit KWSP suami RM400k, rupanya ibu mentua diletak sebagai penama