Cikgu SMK kantoi bercinta dengan pelajar form 5, rupanya dah ada suami & anak 5 orang. Viral di platform X menunjukkan seorang guru wanita SMK bercinta dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun walaupun sudah mempunyai suami dan 5 orang anak.
Perkara tersebut dikongsikan oleh kakak kepada pelajar itu, Bellinda selepas keluarganya menentang hubungan istimewa tersebut demi masa depan adiknya yang akan menduduki SPM tahun ini.
Walaupun telah membuat laporan polis dan aduan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru tersebut masih mendekati pelajar lelaki itu walaupun beliau telah dipindahkan ke sekolah lain.
Bellinda juga berkongsi perbualan di WhatsApp antara adiknya dengan cikgu yang memiliki lima orang anak itu dan mengakui bahawa adiknya juga bersalah kerana melayan.
Selain itu, adik Bellinda juga telah dijemput secara diam-diam oleh cikgu tersebut dan kemudian dibawa duduk berdua-duaan di tepi pantai.
Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak walaupun nampak macam tak masuk akal apabila cikgu yang sudah ada suami dan anak sanggup bercinta dengan anak murid sendiri.