Cadangan Tan Sri Rafidah Aziz agar gaji menteri Kabinet dipotong disanggah

Cadangan Tan Sri Rafidah Aziz agar gaji menteri Kabinet dipotong disanggah

Cadangan Tan Sri Rafidah Aziz agar gaji menteri Kabinet dipotong disanggah.

Cadangan Tan Sri Rafidah Aziz agar gaji menteri Kabinet dipotong sebanyak 20 peratus tidak akan menyelesaikan kenaikan kos sara hidup rakyat .

Sebaliknya Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia memerlukan cadangan dan alternatif lain yang lebih efisien.

“Perkataan potong gaji ini seolah-olah berada dalam Dewan Rakyat, ia selalu diusulkan oleh pembangkang, bagi saya cadangan beliau bukan jalan penyelesaian untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Cadangan Tan Sri Rafidah Aziz agar gaji menteri Kabinet dipotong disanggah

“Kita tidak tahu apa maksud sebenar Rafidah mengenai potong gaji itu, adakah beliau benar-benar maksudkan atau hanya perli, beliau orang lama sepatutnya boleh beri idea yang lebih baik,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tualak di Padang Terap, hari ini.

Jelas Mahdzir, kerajaan ketika ini sentiasa berusaha untuk membantu rakyat dalam menghadapi krisis kenaikan harga barang sejak akhir-akhir ini.

“Sekarang ini ada pelbagai usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pasukan dalam Kabinet khususnya bagi menteri-menteri yang terbabit secara langsung dengan ekonomi dan harga barang seperti kementerian kewangan, ekonomi, perdagangan, pertanian dan kerja raya.

“Mereka ini akan duduk mesyuarat seminggu dua kali bagi membincangkan hal yang berbangkit dan memberi jalan penyelesaian seperti yang diumumkan Perdana Menteri mengenai tiada kenaikan tarif elektrik dan harga pasaran ayam tidak akan diapungkan.

“Sehingga kini pun kerajaan masih memberi subsidi petrol RON95 kepada rakyat dengan harga RM2.05 seliter. Ini adalah antara langkah dan keputusan yang diambil kerajaan agar tidak membebankan rakyat,” katanya.

Semalam, Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dilapor mencadangkan pemotongan gaji menteri bagi menunjukkan empati terhadap negara ketika rakyat bergelut dengan krisis ekonomi akibat Covid-19 dan krisis Russia-Ukraine.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata sebagai bekas menteri, Rafidah perlu memberikan idea yang lebih baik dan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengetengahkan idea beliau.

Baca lagi:

Menteri Pertahanan umum mahu wujudkan kebun sayur disetiap kem askar

Kisah bekas Menteri Kewangan yang kini menyara hidup sebagai pemandu teksi Uber

Tukar Pas Kelantan: “Ambo nak tanya, nak bagi pada siapa? siapa nak jadi menteri besar, royaklah – Nik Amar

 

CATEGORIES