Bung Moktar letak jawatan serta-merta

Bung Moktar letak jawatan serta-merta

Bung Moktar letak jawatan serta-merta. Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkuat kuasa serta-merta selepas mengetuai badan induk bola sepak Sabah itu sejak Jun 2021.

Peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan Ketua UMNO Sabah membawa keluar BN daripada kerajaan negeri selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sebelum dilantik sebagai Presiden SAFA, Bung Moktar memangku jawatan berkenaan selama enam bulan berikutan sokongan sebulat suara Ahli Majlis Tertinggi SAFA pada Disember 2020.

Bung Moktar letak jawatan serta-merta

Beliau kemudian disahkan sebagai Presiden SAFA yang baharu pada mesyuarat agung luar biasa SAFA pada Jun 2021 selepas semua badan gabungan badan induk itumemilih beliau sebulat suara menjawat jawatan berkenaan.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, peletakan jawatan itu dibuat atas kerelaan dirinya selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya politik .

Beliau mengakui sedikit kecewa dengan pencapaian turun naik pasukan Sabah FC, namun sepanjang beliau mengetuai badan induk bola sepak itu, SAFA berupaya melakukan beberapa perubahan dalam pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

“Saya tetap gembira kerana sedikit sebanyak berjaya membawa perubahan kepada pentadbiran SAFA dan beberapa kejayaan pasukan Sabah FC walaupun ianya ditahap yang masih belum memuaskan.
“Mengurus badan induk bola sepak khususnya pasukan Sabah FC memerlukan sokongan dan dokongan semua pihak terutama dari peneraju utama kepemimpinan negeri yang memerlukan kesungguhan untuk membantu SAFA khususnya Sabah FC melangkah lebih jauh ke hadapan,” katanya.

Bung Moktar berkata, surat peletakan jawatan secara rasmi akan dihantar kepada Setiausaha Agung SAFA dalam masa terdekat untuk dimuktamadkan.

Katanya, sejak mengambil alih tampuk pentadbiran SAFA, tiada sebarang agenda peribadi selain cabaran dari segi kekangan waktu dan sumber kewangan untuk memajukan mutu serta pencapaian sukan bola sepak di negeri ini.

“Menjadi harapan saya dan semua peminat yang selama ini menyanjung tinggi pasukan bola sepak Sabah agar terus memberikan sokongan kepada pengganti saya,” katanya.

Jangan lupa follow kami! Twitter, Facebook

Baca Juga : 
7 cara hendak kenal gaya orang berbohong
Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin direman 5 hari
Pergi kenduri bawa orang yang tak dijemput, ini hukumnya yang ramai tak tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *