‘Cikgu mulut busuk’, anak murid siap perli depan-depan dan akhirnya ini yang aku lakukan selepas tak tahan kena perli

‘Cikgu mulut busuk’, anak murid siap perli depan-depan dan akhirnya ini yang aku lakukan selepas tak tahan kena perli

‘Cikgu mulut busuk’, anak murid siap perli depan-depan dan akhirnya ini yang aku lakukan selepas tak tahan kena perli. Saya Sara. Bukan nama sebenar. Dua tahun lepas, saya pernah confess kat sini tentang masalah bau nafas yg saya hadapi. Readers sangat supportif dan bagi macam-macam petua. Ada yg saya try, terima kasih banyak you all. So, ini kisah saya lepas dua tahun.

Jadi manusia yang mempunyai kekurangan fizikal ni, susah tau. Serius susah. Ibarat ahli neraka yang tersesat di tengah2 syurga. Semua orang jauhi. Buat-buat tak nampak.

Kalau nak bertembung cepat-cepat mengelak supaya tak perlu bertegur sapa dan terhidu bau nafas saya yang sungguh puaka.

Saya depressed. Dua kali berhenti kerja sebab ni. 1st berhenti waktu karier saya sedang menyinar di sebuah jabatan pemasaran. Tiap2 kali outstation bawa balik duit berkepuk untuk kompeni.

'Cikgu mulut busuk', anak murid siap perli depan-depan dan akhirnya ini yang aku lakukan selepas tak tahan kena perli

Bos happy sangat dengan team kami. Bila dia nampak kami kuat, bos nak pecahkan suruh saya lead team baru. Saya dah cuak.

Bila jadi team leader kena banyak communicate dengan orang. Malunya nanti customer tak selesa bau nafas saya, buruk pulak nama kompeni. Saya tak sanggup. Berhenti.

Balik kampung, mengajar di sekolah swasta. Awalnya semua baik. Ajar budak kecik sekolah rendah. Budak2 pun masih reti hormat dan tak pandai kutuk cikgu mulut busuk.

Masuk tahun kedua, kawan2 yang dah tak tahan. Sorang member ni openly panggil saya Sara Busuk. Dengan nada gurau, tapi saya tahu itu jujur dari hati dia.

Anytime dia panggil saya, bukan Sara lagi tapi Sara Busuk. Mujur meja saya mengadap dinding. Takde sapa perasan muka saya naik merah padam dan mata berkolam. Thank you dear friend, and good bye. I quit.

Dengan family pun sama. Satu kali kami buat gathering, bergambar ramai-ramai sambil bersorak. Lepas tu sepupu yang bergambar sebelah saya terus tukar position. As far as possible. Abang saya. Sebelum ni dah pernah explain kat dia yang saya ada masalah di tekak.

Tapi dia layan saya macam saya ni pemalas gosok gigi. Saya malas nak ulang cerita macam mana saya jaga oral hygiene. Kalau korang ingat lagi post dua tahun lepas, ha begitulah. Satu hari, saya berada di rumah abang dan minta pinjam laptop dia. Dia bukakan laptop sebelum serah kat saya.

Tengok2 dia dah siap bukak satu website pasal masalah bau nafas. Mesej tersirat dia nak suruh saya baca benda tu. Dia ingat saya tak buat apa-apa langsung dengan bau nafas saya ni. Pedih hati saya. Tapi buat tak terasa je.

Mak saya. Bila naik kereta berdua dengan dia, saya bercakap mesti dia berpaling ke lain. Kalau borak di sofa, mak akan duduk jauh2 hujung sofa atau terus duduk di sofa lain. Lama-lama saya malas nak bercakap dengan mak.

Balik rumah memerap je duduk dalam bilik. Abah. Bila salam pun dah taknak cium saya lagi. Last2 saya pun malas nak salam abah. Balik rumah tegur abah dari jauh je.

Memang saya jauhkan diri. Saya sedar betapa tak layaknya saya berada kat dunia ni. Betapa kewujudan saya amat mengganggu perjalanan hidup orang sekeliling.

Saya langsung tak salahkan diorang. Setiap orang berhak nak hirup udara segar. Sumpah saya tak salahkan setiap orang yang tak selesa dengan saya.

I always blamed myself, blamed my fate, always thought to drink clorox to clean my throat. Or simply jumped off a building and leave everyone happy..
If it were not for Allah, i wouldn’t survive to write this.

Start 2016 saya bawa diri ke pakar ENT untuk cari solusi. Doktor pertama yang saya jumpa tu punya la hensem, betapa malunya saya nak terangkan pasal nafas busuk. Doktor suspek saya ada masalah sinus. Dia scope hidung dan bagi ubat spray dalam hidung.

Selesai masalah post-nasal drip. Tapi bau busuk masih ada. Masa tu saya stop pergi appoinment sebab dah malu. Saya cari maklumat sendiri di internet dan terjumpa tentang tonsillolith.

Baru sedar inilah masalah saya sebenarnya. Ketulan2 di tonsil tu yang buat nafas saya busuk tak hilang. Bila tekan dalam tekak baru perasan ada lump di sebelah kanan.

Saya belajar bersihkan tonsil. Step penjagaan mulut bertambah. Gosok gigi+gosok lidah+floss+jolok tonsil. Tapi masih tak selesai. Saya pergi ENT balik dan bagitahu doktor tentang tonsillolith.

Doktor nampak tak ambik berat sangat, mungkin bagi dia bau nafas ni hal kecik je. Tambah pulak tonsil saya taklah bengkak macam orang lain sampai susah menelan. Dia tak tahu macam mana impact pada hidup saya.

Saya minta pertimbangan untuk operate buang tonsil. Masa tu dah hujung 2017. Doktor kata jadual dah penuh, kena tunggu tahun depan untuk tengok jadual baru.

Masuk 2018, appoinment dengan doktor baru. Ulang balik cerita dua tahun lepas. Ulang balik segala pemeriksaan. Doktor yang ni sungguh menyakitkan hati. Dia tersenyum2 sinis sambil dengar complaint saya.

Saya ni dah cukup malu nak cerita, dia sengih2 pulak. Mungkin sebab dia tak nampak tonsil saya bengkak, dia anggap saya berilusi tentang tonsillolith. Lepas appoinment dengan dia, saya stop. Fade up dah.

Saya teruskan rutin biasa bersihkan tonsil cuma kali ni lebih ganas. Saya picit lump kat tekak tu dengan lebih kuat dan sadis. Memang akan keluar ketulan atau nanah.

Selagi tak keluar darah, saya tak stop. Selalunya bila dah keluar nanah, lump tu akan mengecil. Esok pagi dia besar balik dan proses berlangsung seperti biasa. Selagi tak 30 minit memang saya tak keluar dari toilet.

Air mata jangan cakaplah. Setiap kali bersihkan tonsil memang air mata keluar. Bila nampak darah saya terus menangis fikirkan macam ni sekali saya struggle nak bersihkan mulut. Tapi orang masih anggap saya pengotor malas gosok gigi.

Bulan Jun, Aidilfitri. Masa jalani rutin ‘menyiksa’ tonsil, sekali keluar batu warna hitam. Batu kecil saiz separuh butir beras. Saya rasa macam menang besar bila nampak dia keluar. Hari seterusnya saya semakin gelojoh memicit2 tonsil dengan harapan bagi keluar batu lain, sebab lump masih ada. Sekali tekak saya berdarah teruk.

Mungkin batu yang stuck kat dalam tu dah lukakan tonsil. Dua hari saya tak boleh makan. Telan air liur pun siksa macam ada pisau. Sejak hari tu saya tak usik tonsil dah.

Saya biar je bau busuk ke apa, saya belajar tebalkan muka. Masa ni saya dah berhenti mengajar sekolah rendah. Hasrat dah taknak jadi cikgu sebab bau mulut saya nanti menyiksa murid2 je.

Tapi agaknya jodoh saya kuat dengan bidang pendidikan ni. Masuk pulak mengajar sekolah menengah.

Cabaran dengan budak remaja lagi memedihkan. Anak murid perli saya depan-depan, bila panggil dia taknak datang, merungut “iee busuk la” dekat kawan2 sebelum jumpa saya dengan muka terpaksa.

Seriously jantung saya macam kena t1kam2. Tapi tak tahulah kali ni mana datang kekuatan saya nak keraskan hati jadi kalis kutuk. Saya betul2 dah redha Allah bagi saya mulut busuk ni.

Saya amalkan zikir 33 kali lepas solat untuk redakan stress. Saya teruskan hidup macam tak ada apa berlaku walaupun dalam hati sebakkkkkkk sangat2 dengan reaksi orang sekeliling.

Redha bukan bermakna saya biar je masalah tu tak selesai. Bila sakit kita wajib ikhtiar cari sembuh. Ogos saya pergi appoinment terakhir, bagitau doktor ttg batu yang keluar.

Doktor kali ni mulanya anggap saya berilusi juga, sebab bila dia tengok tekak saya takde bengkak pun. Saya pergi ke sink dan jolok tonsil, tunjukkan nanah yang keluar.

Lepas tu baru dia percaya saya ada masalah tonsillar abcess. Bila tengok rekod saya datang appoinment dah dua tahun, terus dia decide nak operate secepat mungkin.

Sebenarnya saya takut sangat nak operate. Takut tak bangun balik lepas kena bius. Huhu. Tapi bila memikirkan segala kesakitan yang saya terima dari orang sekeliling, saya sanggup ambil risiko bius tu untuk perbaiki keadaan.

Saya doa banyak2 mohon Allah selamatkan saya dan lancarkan urusan pembedahan. Dalam kepala teringat mati je… Tiba-tiba saya sedar inilah perasaan banduan akhir yang akan digantung pada esok pagi.

Malam sebelum operation baru saya bagitahu semua orang, minta maaf dan minta halal. Abang saya tanya, “Ni operate pasal bau nafas tu ke?”

Uh pedihnya hati. Tak payahlah nak sebut pasal nafas busuk2… Gigil tangan saya balas mesej dia dengan air mata bergenang serta-merta. Oh God, just let me die on the table.

Waktu nak masuk OT saya sangat nervous sampai lupa nak pesan nurse tolong jaga aurat saya. FYI, sebelum operation, scrub nurse akan siapkan patient. Nurse yang attend saya haritu, gelojoh sangat tarik baju sampai nak terdedah dada saya. Dah la kat situ semua lelaki.

Surgeon, MA, doktor bius, sume lelaki. Hanya saya dan nurse tu perempuan. Saya harap pada dia la nak jagakan maruah saya. Sebaliknya dia pulak nak menelanjangkan saya hidup-hidup. Bila saya tegur, dia kata tak apa, kita professional.

Professional sampai takde malu eh? Saya fahamlah kamu dah biasa tengok badan orang sampai takde rasa dah, tapi tolong consider perasaan patient. Kami bukan patung.

Kami manusia hidup yang tak biasa bukak baju depan orang. Cukup baik la saya tak berkeras nak pakai tudung dalam OT, macam muslimah lain yang saya pernah baca.

Tapi bila saya tolerate dengan prosedur, kamu ambil mudah pula tak jaga maruah saya. Saya tengok video2 operation di barat lebih sopan layan patient, pasang wayar bawah selimut, takde nak reveal badan patient tu bagi orang nampak. How disappointing.

Mesti korang pelik, tonsil kan operate kat tekak. Buat apa selak dada? Ya doktor bius nak pasang heart monitor kat dada. Itu je pun. Pasang bawah selimut pun boleh kan?

Aku pun tak faham kenapa nurse tu pervert sangat nak londehkan baju aku separuh badan. Maaf tiba2 membebel pasal ni. Sebenarnya saya trauma disebabkan perkara tu.

Terasa humiliated. Rasa sakit hati lebih teruk dari sakit tekak kena potong. Dua malam ni saya tak boleh tidur teringat perbuatan nurse pervert tu.

Saya harap di Malaysia Baru ni KKM akan lebih tegas jaga maruah pesakit, dan menjaga maruah doktor2 perempuan dari sexual abuse. Tetiba je kan…

Lepas operation, disebabkan malu sangat2 dengan doktor tu, saya jadi tak tertanya tentang tonsil yang kena buang. Apapun syukur semua berjalan lancar.

Sekarang tunggu tekak sembuh je. Saya harap selesai la masalah bau nafas yang saya hadapi bertahun2. Jadi lebih konfiden nak bergerak aktif, konfiden nak cari jodoh. Huhu. Banyak dah saya tolak calon abah sebab tak yakin nak jalin hubungan.

Saya ucapkan terima kasih pada Dr. Khizuan yang dari awal gigih layan complaint saya waktu appoinment, bawak saya ke OT dan lepaskan saya keluar wad.

Terima kasih pada nurse2 klinik ENT, wad 6A dan wad PACU Hospital Serdang. Walaupun khidmat korang telah dibayar oleh kerajaan, tapi kesannya akan berbekas dalam hidup saya sampai bila-bila.

Untuk korang yang lalui masalah camni, saya doakan korang tabah dan jangan putus asa cari penyelesaian. Untuk korang yang ada kawan / family member yang bermasalah camni, bantu la. Jangan main judge orang tu pengotor, pemalas, lepas tu layan dia cam sampah.

Dan untuk makluman korang, warna gigi kuning tu normal tau. Dentist saya bagitahu naturally orang kulit cerah gigi kuning, kulit gelap gigi lebih putih.

Tak payah nak kutuklah gigi orang kuning ya. Satu lagi, kalau korang biasa lemas/tak boleh bernafas waktu tidur, sila pergi cek di hospital. Itu sleep apnea yang bahaya untuk kesihatan. Mungkin berpunca dari tonsil juga.

Doakan tekak saya sembuh dan kualiti hidup bertambah baik lepas ni. Thank you dear admin and readers.

– Sara

Jangan lupa follow kami! Twitter, Facebook

Baca Lagi:
Gadis 12 tahun hamil 8 bulan, terpaksa korbankan masa muda menggalas tanggungjawab besar
Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin direman 5 hari
Ibu tunggal 2 anak jual nasi lemak tepi jalan diserbu orang ramai
CATEGORIES