“Bukan perempuan je, jadi lelaki pun dah tak selamat sekarang”

“Bukan perempuan je, jadi lelaki pun dah tak selamat sekarang”

“Bukan perempuan je, jadi lelaki pun dah tak selamat sekarang”. Merak Jalanan cukup runsing sekarang ini. Pada zaman ini, bukan sahaja golongan wanita perlu berhati-hati, tetapi golongan lelaki juga sudah tidak selamat daripada menjadi mangsa serangan seksual.

Sebelum ini Merak Jalanan terbaca satu kes di sebuah portal, seorang lelaki menjadi mangsa kepada lelaki gila seks di sebuah tandas awam ketika sedang membuang air.

Cerita mangsa, ada seseorang cuba merakamkan dia sedang membuang air melalui telefon bimbit. Nasib baik dia sedar, lalu mengejar dan menangkap suspek. Apabila telefon bimbit suspek diperiksa, rupanya ada banyak video yang dipercayai dirakam di dalam tandas.

"Bukan perempuan je, jadi lelaki pun dah tak selamat sekarang"

Memang kerja orang gila, sebab orang normal takkan sanggup rakam kaum sejenis sedang membuang air.

Kemudian Merak Jalanan terbaca pula satu kes seorang remaja lelaki dicabul di sebuah tandas pusat beli-belah. Ketika kejadian, remaja lelaki tersebut sedang mengikat kasut sebelum seorang suspek yang turut berada dalam tandas memeluk dan meraba mangsa daripada belakang, selain memegang punggung dan mencium pipi secara tiba-tiba.

Merak Jalanan nak nasihatkan lelaki-lelaki di luar sana terutama yang berwajah ‘jambu’ dan berperwatakan menarik, berhati-hatilah kerana anda juga boleh menjadi mangsa serangan seksual.

Merak Jalanan harap kes seperti ini tidak dianggap biasa. Merujuk statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), gangguan seksual turut melibatkan golongan lelaki yang meliputi 12 peratus daripada keseluruhan kes. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, kaum mahupun agama.

Selepas ini Merak Jalanan harap kes gangguan atau serangan seksual melibatkan golongan lelaki tidak lagi dijadikan sebagai bahan gurauan atau dianggap main-main.

Kerajaan juga kena ambil serius supaya kaum lelaki tidak menjadi mangsa individu yang bernafsu songsang.

Baca Lagi:
Pendapatan sebulan RM2.6 juta, wanita 23 tahun bergelar jutawan hanya kerja sebagai puncuci rumah orang
Bayi berusia 2 tahun dipenjara seumur hidup kerana memiliki buku agama
Bekas DJ popular ditemui mati dalam bilik, polis temui satu mesej dalam diarinya “setiap malam ada hantu dalam bilik ini.”
CATEGORIES