Boikot berterusan, Starbucks, H&M akan ditutup secara kekal

Boikot berterusan, Starbucks, H&M akan ditutup secara kekal

Boikot berterusan, Starbucks, H&M akan ditutup secara kekal. Rangkaian kafe kopi Starbucks dan gedung fesyen H&M akan ditutup secara kekal di Maghribi sebelum akhir tahun ini, lapor media tempatan, Maroc Hebdo seperti dipetik portal berita The New Arab.

Kedua-dua jenama popular itu terpaksa menutup perniagaan berikutan permintaan rendah susulan boikot berterusan oleh orang ramai disebabkan perang Israel ke atas Semenanjung Gaza.

“Menurut maklumat yang boleh dipercayai, dua jenama global utama, terutamanya jenama pakaian H&M dan rangkaian kedai kopi Amerika, Starbucks akan meninggalkan Maghribi bermula pada 15 Disember ini,” demikian menurut penerbitan Maghribi itu.

Boikot berterusan, Starbucks, H&M akan ditutup secara kekal

Pengumuman mengenainya mewujudkan kebimbangan tentang situasi ekonomi di Casablanca kerana H&M dan Starbucks menggaji ratusan warga Maghribi.

Sebilangan pekerja Starbucks berkata, rangkaian kafe kopi di Maghribi itu mengalami masalah kewangan kerana kurang permintaan.

“Ia akan menjadi bencana, kami mempunyai lebih 100 pekerja. Ke mana kami akan pergi selepas ini? Mudah-mudahan, laporan (penutupan) ini tidak benar,” kata seorang pekerja kedai Starbucks.

Starbucks beroperasi di 18 buah lokasi di Maghribi, manakala H&M hanya membuka empat gedung di negara Afrika Utara itu.

Kedua-dua jenama itu menanggung beban akibat kempen boikot yang menyasarkan jenama dan kedai Barat khususnya milik Zionis berikutan perang tentera Israel ke atas Gaza.

Sementara itu, netizen Maghribi meraikan berita itu sebagai kemenangan kempen boikot pro-Palestin mereka.

Namun, terdapat juga netizen yang mempersoalkan masa depan beribu-ribu pekerja yang akan diberhentikan sekiranya Starbucks dan H&M ditutup di negara itu.

Baca Lagi:
‘Ingatkan panggilan dari scammer, rupanya betul saya menang RM1 juta’ – Pengait kelapa sawit
Isteri Abang Viva muat naik satu hantaran di TikTok undang perhatian ramai
Pelajar OKU lelaki didakwa cabul 14 pelajar OKU di asrama
CATEGORIES