Pelajar OKU lelaki didakwa cabul 14 pelajar OKU di asrama

Photo of author

By Joe

Pelajar OKU lelaki didakwa cabul 14 pelajar OKU di asrama. Polis menerima laporan berhubung kejadian 14 pelajar lelaki dicabul seorang rakan mereka di asrama sebuah sekolah menengah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, laporan dibuat pengetua sekolah terbabit bagi meminta siasatan dijalankan.

Menurutnya, kesemua 14 pelajar lelaki berusia lingkungan 13 hingga 14 tahun itu terdiri dari orang kurang upaya (OKU) dari segi masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autistik.

Pelajar OKU lelaki didakwa cabul 14 pelajar OKU di asrama

“Pengetua sekolah terbabit melaporkan 14 mangsa dicabul seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun yang juga seorang OKU di asrama sekolah itu.
“Suspek ditahan semalam bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.

Baca Lagi:
“Bila balik kampung, suami bertukar jadi ‘lurus’ seperti hamba abdi keluarga sendiri, bila bersuara sebab geram, tak sangka jawapan balas suami buat aku menangis”
Ahli arkeologi terkejut jumpa ‘Iphone’ dalam kubur purba berusia ribuan tahun
Dah tak risau nak makan banyak lepas ni, Dr ini ajar cara sebenar masak Mee Segera yang ramai salah buat selama ini