Isteri Abang Viva muat naik satu hantaran di TikTok undang perhatian ramai. Isteri kepada usahawan banjir Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar mengundang perhatian ramai selepas memuat naik satu hantaran di TikTok.
Dalam hantaran itu, Evanoza meluahkan rasa kecewa menyatakan sudah banyak pengorbanan yang dilakukannya selama ini.
Tanpa menyebut sebarang nama, Evanoza berkata dia sentiasa ada bersama individu itu sehingga membiarkan anak mengambil ujian lesen seorang diri dan gagal.
Lebih menyedihkan apabila Evanoza berkata dia belum cukup baik dan meminta individu itu mencari orang lain.
Tak lama selepas itu, Abang Viva turut memuat naik status seolah-olah membalas kenyataan yang telah dibuat isterinya.
Abang Viva mendakwa orang ramai telah tertipu dengan apa yang dipamerkan di media sosial.
Hantaran sukarelawan banjir ini bagaimanapun dipadam tak lama selepas dimuat naik. Di ruangan komen, para pengikut berharap pasangan ini dapat menyelesaikan isu secara tertutup.
Mereka turut mendoakan semoga pasangan ini kekal bahagia selamanya. Iyalah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri kan?