BN sah berundur, beri laluan kepada PH bertanding di Padang Serai

BN sah berundur, beri laluan kepada PH bertanding di Padang Serai

BN sah berundur, beri laluan kepada PH bertanding di Padang Serai. Barisan Nasional (BN) Kedah mengesahkan memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH) dalam saingan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) bagi kerusi Parlimen Padang Serai.

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada perhimpunan sulung bersama BN-PH sempena kempen PRU15 di kerusi terbabit di Taman Desa Aman di sini malam ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, beliau berkata langkah berkenaan diambil sebagai menghormati pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan yang turut membabitkan BN dan PH.

Turut hadir pada himpunan itu ialah Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi PH Kedah, Datuk Johari Abdul.

BN sah berundur, beri laluan kepada PH bertanding di Padang Serai

Calon BN bagi kerusi Padang Serai, Datuk C Sivaraj bagaimanapun tidak kelihatan pada perhimpunan itu selepas dikatakan membatalkan semua kempennya semalam.

Sebelum ini, calon PH Parlimen Padang Serai, Dr Mohamad Sofee Razak, mengharapkan BN memberi laluan kepada PH di kerusi terbabit sebagai kompromi kepada apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Pahang.

Sivaraj sebelum ini mengakui tidak adil untuknya memberi laluan kepada PH di kerusi terbabit, sebaliknya meminta Mohamad Sofee yang didakwa baru tiba di Padang Serai memberi laluan kepadanya memandangkan beliau sudah tiga tahun ‘bekerja keras’ di kawasan itu.

Sementara itu Sofee dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada BN kerana memberi laluan kepada PH untuk berdepan secara satu lawan satu dengan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, WARISAN turut mengambil keputusan sama menarik diri daripada bertanding bagi memberi laluan kepada PH.

Selain Sivaraj dan Sofee, Parlimen Padang Serai yang menyaksikan pertembungan enam penjuru turut membabitkan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin, Hamzah Abd Rahman (PEJUANG), Mohd Bakri Hashim (WARISAN) dan Sreanandha Rao (Bebas).

Baca Lagi:
Bukan calang-calang orang Menteri Agama kali ini, Ketua Hakim Syarie
Nelayan jumpa muntah paus seberat 30kg bernilai cecah RM5 juta, mahu bersara awal jadi nelayan
RASMI: Senarai Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan (PH, BN dan GPS Sarawak)
CATEGORIES