Bina hotel RM2.4 juta dalam masjid, kutipan dana RM2.40 dibuat secara ‘live’

Photo of author

By Joe

Bina hotel RM2.4 juta dalam masjid, kutipan dana RM2.40 dibuat secara ‘live’. Masjid Al-Busyra menjadi sebutan di media sosial kerana ahli kariahnya yang aktif dalam membangun ekonomi setempat di Merbok bahkan mempunyai fasiliti lengkap untuk kemudahan orang awam.

Terbaharu, seorang imam dari Masjid Al-Busyra di sini menyifatkan cadangan pembinaan hotel bernilai RM2.4 juta dalam kawasan masjid berkenaan bukanlah satu pembaziran sebaliknya memberi manfaat kepada musafir sekali gus impak besar kepada perkembangan ekonomi Islam.

Pengerusi Masjid merangkap Imam Masjid Al-Busyra, Mohd Firdaus Mat Akhir berkata, kemudahan itu akan memberi keselesaan kepada musafir untuk melaksanakan ibadat dengan lebih baik.

Bina hotel RM2.4 juta dalam masjid, kutipan dana RM2.40 dibuat secara 'live'

Menurutnya lagi, pembinaan hotel juga bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada anak kariah terutama penduduk tempatan yang masih menganggur.

“Dengan adanya hotel ini telah menambah satu lagi kemudahan di Masjid Al-Busyra, sebelum ini kita telah pun ada medan selera, dobi layan diri, telaga wakaf, spa muslimah, tempat gunting rambut dan cuci kereta serta lain-lain.
“Ia secara tidak langsung menarik lebih ramai berkunjung ke masjid, dalam masa sama, melaksanakan tuntutan utama beribadat,” jelas beliau dalam hantaran di media sosial miliknya.

Sebelum ini, media melaporkan Mohd Firdaus telah melancarkan kutipan RM2.40 melalui ‘live’ bagi mencukupkan dana berjumlah RM2.4 juta untuk pembinaan hotel di masjid berkenaan.

Beliau mendedahkan setakat ini sudah berjaya mengutip sekitar RM575,000 bagi pembinaan hotel tersebut.

Tambahnya lagi, dengan terlaksana projek berkenaan, ia sekali gus mencapai matlamat masjid sebagai ‘one stop centre’.

Baca Lagi:
Makin ramai yang cuba makan kurma dengan butter, ini penjelasan ustaz & doktor
“Hati-hati yang solat guna bangku”- Pakcik jatuh terduduk selepas budak tarik kerusi masa solat
“Suami cadang nak bawa mak dan adik OKU duduk sekali, aku cakap boleh tapi bersyarat.. Sejak haritu suami hilang kerja gaji RM11k”